CINTA DALAM MUSUH [full part]

PART 1

"Bengang aku dengan mamat tu ~ dia siapa bhai! nak tegur pakaian aku bagai. Budus! punya orang" Terkumat-kamit bibir si Sarah memaki si lelaki yang baru sahaja menegur cara pemakaiannya..

"Woi!Pehal ni? Dari hujung sana sampai sini, aku tengok muka kau macam singa nak melepaskan hajat ja. Hahaha!" meletus ketawa si Wani, sahabat Sarah yang paling rapat di kolej ini.

Sarah mendengus... "Takda lah.. ada ke patut budak baru tu pi tegur cara pakaian aku.. Erghhh! Bikin bengkak hati ja.. "

Wani memandang Sarah dari atas hingga bawah.. tiada apa yang aneh terhadap temannya itu..

"apesal? dia cakap apa?" soal Wani ingin tahu..

Sarah menceritakan pertemuan dia dengan si peti ais tercabut pintu itu...

==============================================================

gedebushhh!!!

"aww... " aduh Sarah perlahan..

Sarah merenung tajam lelaki yang melanggarnya itu..

"Apa masalah? " soal Sarah bengang..

"pardon?" sinis lelaki itu..

"Kau dah langgar aku, then? Tak boleh nak minta maaf? "

"Huh?Cakap baik sikit. Kau tu yang pakai kasut tinggi mengalahkan zirafah. Lepastu tuduh aku langgar kau. "

Dush!dush! deep nya tembus belakang aku seyhh!

Aku tolak mamat tu ke tepi, "Cakap baik sikit.. kot ya pun, mintalah maaf.. kau yang langgar aku. Admit ja lahh..." Jelingku..

"Aish! Kau tahu tak?? Untuk pertama kalinya aku jumpa perempuan macam kau. Aku jadi menyampah! Dengan pakaian kau sendat sana sini ~ tudung pun tak pakai. Nanti kau nak bagi apa kat suami kau? " sinis dia membalas

Airmataku bagaikan ingin menitis.. Namun, aku tahan. Ya Allah! Bengang nya aku dengan mamat ni..


PART 2

"kau ni.. kot ya pun.. tegurlah dia cara elok " nasihat Fahrin.. teman, Fitri.

Fitri memandang Fahrin sekilas..

"aku bukan apa.. Entahlah.. haish! Aku cukup pantang ishh perempuan pakai macam tu. Muka dah lawa.Tapi?? Huh!" dengus Fitri.

"Hahaha! wey dalam ramai-2 perempuan berpakaian macam tu. aku wonder juga ni.. apesal dia sorang ja kau tegur??" Fahrin buat suspen..

"lah...dia yang langgar aku.. lepastu tetiba marah. Hah?Kenalah... "

"haih...kawan.. lain kali nak tegur.. cara elok ya?? macam mana dia nak terima teguran kau? Kalau kau sinis macam tu? " nasihat Fahrin lagi..

Fitri hanya mendiamkan diri... dan memikirkan apa yang temannya cakap.. ~

'Haihh. apesal lah aku K.I.V minah tu tadi? haishh! '

==============================================================

"Huwaaaa! aku benci mamat tu! "

"Oi! Relax lah.. aku pun taktahu nak cakap apa actually.. huhu" Wani menggaru-garu kepalanya.. walaupum tidak gatal.

"Sedihlah.. ishhh! Siap lah kau esok!" dalam diam, Sarah sudah ada perancangan sendiri.

PART 3

"Hoi!!" sergah Sarah..

perlahan Fitri beristighfar dalam hati. Terkejut wow! ingatkan pontianak manalah tadi..

"Apesal??" soal Fitri malas

Sarah hanya mendiamkan diri..

Fitri mengangkat keningnya ala-2 Ziana Zain..

"Pehal kau?? " Sambil memandang Sarah dari bawah hingga atas...

'Aikk! Pakai baju kurung? haa macam ni lahh.. kan lawa.. ' puji Fitri dalam hati.

"Ehem..." Sarah berdehem.

"Actually.. erghh! takda apalah.. " Sekilas itu Sarah berlalu pergi..

Fitri hanya tersenyum menampakkan lesung pipitnya.. Fitri? Seorang pelajar baru.. mukanya? putih kemerah-merahan.. memakai songkok. Apabila aktiviti sukan, hanya memakan cap.. sebab apa?? Sebab dia taknak cemarkan rambutnya. Kahkahkah! Agaknya lah.. Seorang yang baik hati. Namun, sekali dia sembur. Pedasnya seperti tergigit cili yang dipetik dari pokok.
Mukanya ala-2 Jepun. Sebab dia kacukan Jepun.. okaylah. macam panjang sangat ja pasal Fitri ni..

============================================================

Sarah mendengus perlahan. Kenapalah dengan aku ni? Dah 3 minggu tak terserempak dengan mamat yang entah aku taktahu nama.. dah lain macam.. perkara semingu yang lalu.. menerjah dalam ingatannya. Pelbagai kritikan diberikan kepadanya oleh Fitri

=============================================================

"Kau perempuan! Tapi baju mengalahkan pontianak? Kalau pontianak nampak kau, aku set lah.. confirm dia letak jawatan jadi pontianak. "

'haishh! dia punya ayat? Buatkan aku terfikir.. walaupun pedasnya menjilat jari. ish!' Sarah bermonolog sendirian

==============================================================
Tiba-2 Sarah teringatkan sesuatu.. siapa agaknya yang bagi aku hadiah tu eh?? misteri sungguh..


PART 4

Sarah mengambil bungkusan hadiah itu.. Dah sebulan macam ni.. tiap minggu mesti ada hadiah.. minggu pertama?? agak-2 apa??

okay.. here.. aku cerita sikit. Minggu pertama.. aku dapat hadiah.. sepasang stokin.. haish! macamlah akuTakda stokin.

Minggu kedua?? Hurm.. sepasang jubah?? Wuishh! Aku ingat, kali terakhir aku pakai jubah pun time majlis khatam Al-Quran aku..

Minggu ketiga? aku dapat handsock.. walaupun nampak simple, tapi cukup berkenan di hati aku.. Ekekekek..

Minggu keempat?? agak-2 apa? Ni paling aku terkejut.. Tudung labuh seyhh! Hurmm, sejuk pula hati aku si pemberi hadiah ni..

And.. hari ni?? minggu kelima?? aku dapat.. sebuah buku.. Tajuk apa?? Hoho... THE GREAT WIFE.. hah! Ni cerita pasal Rasulullah s.a.w. dan Saidatina Aisyah r.a.

Haishh! ni yang aku wonder ni.. Siapa yang baik sangat nak bagi aku semua ni?? Boyfriend?? Takda pulaa aku ni ada pakwe.. Kahkahkah! Maklumlah, ummi kata.. belajar dulu..


PART 5

Sarah? Actually Sarah ni orangnya baik hati.. mudah tersentuh hatinya. Senang menerima teguran. Cuma... dia ni ada 1 ja masalah.. pakaian dia?? Tidak menutup aurat.. Tapi, takdalah menjolok mata sangat.. Cuma, si Fitri ni jaa sensitif sangat..

"Aku terasa macam dah terjatuh hati pula dekat si pemberi hadiah ni.. Haishh!" Sarah memandang sekeliling.. Hurm, tiada apa yang mencurigakan..

semalam mamat tu cari pasal lagi dengan aku...

=============================================================
"Aww...siapa ni?? " aduhh! Sakit kepala aku. Tetiba ada orang ketuk kepala guna buku.. Aku terasa macam buku tu setebal kamus dewan bahasa. Ting tong jap kepala aku..

aku memandang sekeliling.. aku terlihat mamat itu tersengih memandangku.. aku menjegilkan mata ke arahnya.. eee mamat ni memang cari pasal.

'hahaha.. comel muka dia.. haishh! Kenapalah dengan Aku ni?? hurm, makin lama makin sopan kan pakaian kau wahai Nur Hur'ain Sarah bt Yaakub? Alhamdulillah..' Fitri berbicara sendiri dalam hati.

"Hoi! Kau kenapa tetiba ketuk kepala aku??" sergah aku..

"Waalaikumussalam.. " terangguk-angguk Fitri sambil tersenyum..

ee... ya Allah! Geramnya..


PART 6

'kita ni.. kalau nak berubah.. tak payah nak tangguh-2.. Kalau dalam hati tu, dah ada niat nak berubah. Hah! Mulakan lahh perubahan itu. Perlahan-2 berjalan ke arah hijrah yang lebih baik.. kalau ada orang tegur kita sekalipun, even cara dia kasar, kita terima ja lah. Sebab mana tahu, nasihat dia tu berguna juga untuk kita suatu hari nanti' teringat pulaa aku kat nasihat ummi ni.. hurm..

aku baru dapat tahu, yang bagi aku hadiah ni semua? musuh aku?? Oh Allah... dalam diam, aku dah jatuh cinta kat dia.. sedihnyaaaaa... tak sangkanyaaaa....tak sukaanyaaaa...

Telefon bimbit ku berbunyi menandakan ada panggilan masuk. Caller ringtone Fall for you.. hah! Tahulah aku siapa yang call..

"Assalamualaikum ummi.. " aku tersenyum gembira. hurmm rindu gila bhai kat ummi.

"Waalaikumussalam.. sayang.. dah makan? Sihat tak anak ummi ni? "

"sihat.. Alhamdulillah.. as always ummi.. banyak makan.. hihi"

"Hurm.. baguslah.. ummi ada benda nak bincang ni. "
"Apa tu ummi?"

"Hurm... ada orang lamar Sarah. " Dup dap dup dap.. siapa ni?? lamar aku??

"Si.. si.. siapa ummi? " tergagap aku bertanyakan soalan itu.

"Katanya anak mereka 1 kolej dengan Sarah? kenapa tak bagi tahu ummi? "

"hah?? Ummi.. Sarah kat sini takda siapa-2 pun.. Sarah tak da bf pun.. Sarah ingat pesan ummi.. " wanna cry..

"shhh! Anak ummi ni ..hihi.. relax sudah.. " Cheh! Ummi ni pun.. dah pandai dah..

"Ummi tak marah.. jadi macam mana? "


PART 7
perlahan-2 aku menyarung tudung labuh pemberian Fitri. Aku melihat diriku di depan cermin.. MasyaAllah.. cantiknya hambaMu ini ya Allah.. ekekekek ~

============================================================
"kenapa kau bagi aku semua ni? " soalku.. setelah aku mengetahui siapakah yang memberikan aku semua hadiah tersebut.

Fitri hanya tersenyum.. aishh! Geram pula aku.

"Sebab aku nak kau berubah. "

terdetik hatiku.. dengan ayatnya itu.. lama aku fikir.

'Sarah! ni lah masanya! Dah lama kau tunggu saat kau nak berubah. Allah hadirkan Fitri dalam hidup kau untuk kau berhijrah ke arah kebaikan.. Kau bukan jahat Sarah. Tapi, kau terpengaruh. Wake up Sarah! Sampai bila kau nak biarkan diri kau bergelumang dengan dosa?? '

"Thanks... " aku berlalu pergi.

Ya Allah... inikah masanya??

malam itu, Sarah memikirkan... apa yang patut dia buat..

'Kenapa kau nak fikir lagi?? dah lama kau tunggu saat inikan?? saat tenangnya kau di sisiNya.. saat kau tenang mengadu segalanya padaNya.. saat kau gembira kau mengadu padaNya.. saat semua saat-2 kau, kau lebihkan Dia dari segalanya.. '

'abaikan orang sekeliling yang mengutuk kau.. bahawa kau dahulu jahil.. dan ingin berhijrah.. abaikan.. Jadikan, kata-2 mereka itu sebagai pembakar semangat untuk kau terus berubah.. '

Allah hantarkan Fitri untuk aku?? Melalui Fitri juga aku berubah??

Dan.. Fitri melamar aku? Perkara ni semua berlaku terlalu pantas ya Allah..


PART 8

"Wey! Kau tak cakap pun.. kau lamar Sarah? Bukan korang musuh ka?? " sergah Fahrin

Fitri hanya tersenyum..

"Aikk! Korang yang anggap kami musuh.. kami tak pun.. okay ja.. " jawab Fitri selamba..

"Ishh! Nak menang?? Hamekkk.. " give up Fahrin berbicara dengan Fitri..

"Apa pun, tahinah ya.. ekekekek terima juga dia lamaran kau kan?? "


'Kenapa aku lamar dia?? Sebab kali pertama aku nampak dia.. hati aku terdetik untuk ubah diri dia.. dan.. aku istikharah.. Aku temui jawapannya.. Alhamdulillah.. ' - Fitri

'Perubahan ini juga akhirnya terjadi.. Syukur Alhamdulillah.. Tak semestinya dahulu jahil, selama-2 nya jahil.. Allah kurniakan aku.. seorang yang berjaya membuat aku berubah.. Alhamdulillah.. ' - Sarah..

Gaiss, kalau nak berubah.. teruskan perlahan-2.. jangan terlalu gopoh.. yang penting.. niat kerana Allah..

Tamat

[HAK MILIK SISZIE]


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Mencintai dia kerana Dia [Confess]

 Apa yang mampu untukku lakukan hanyalah memendam perasaan yang terkadang timbul dan tenggelam. Masih tidak pasti lagi apakah maksud perasaa...