MAK MAAFKAN ABANG [full part]

PART 1

"Mak... Kenapa muka muram ja ni?" soalku sambil mengunyah kerepek pisang yang digoreng oleh mak

Mak tersenyum hambar

"Takda apa. Eh! Sedap tak?" soal mak menutup kesedihannya

"Mestilah sedap! Ni lah kerepek pisang yang paling paling paling sodap yang pernah Iman rasa." kataku.

Aku memang jenis yang blurr dan susah nak tangkap sesuatu di sebalik sesuatu wajah. Heh! So, aku pun sambung kunyah kunyah dan kunyah.

"Erm...mak, abang mana?" soalku. Tetiba teringat pula kat abang aku yang sorang tu.

Mak hanya tersenyum..
Aku pun makan ja lah...~ tanpa menghiraukan maksud senyuman mak itu.

"Makkk! Makk!" jerit abang.

"Yaa, Firdauz. Mak kat dapur." sahut mak

"Mak! Apa mak buat kat isteri Dauz ni mak?" lantang suara abang

"Apa yang mak dah buat?"

"Nina kata, mak marah-2 dia sebab tak kerja buat rumah." jawab Dauz.

"Astaghfirullah al azim.. Mak tak buat macam tu nak.." hampir gugur airmata mak.

"Ahh! Mak selalu macam ni. Dah lah mak!!" tempik abang.


PART 2

"Mak! Sabar ya mak. Iman taktahu nak buat apa." Sedihnya kerana aku blurr waktu itu. Hakikatnya aku memang sentiasa blurr

"Takpala Iman.." mak masih tersenyum..

"Ish! Rimaslah bang. Mak tu! Asyik perli-2 Nina ja." adu Nina, isteri Firdauz
==============================================================

"Yaka sayang? Mak cakap apa?" soal Firdauz

"Hurm.. Mak cakap, Nina ni asyik menumpang ja. Nina tak pernah nak bersyukur sebab mak bagi menumpang kat sini. Sedihlah macam ni."

Bagaikan dicucuk-2.. Kemarahan Firdauz bertambah menggelegak. Asap volcano sudah keluar dari telinga nya. Namun, dia masih mampu bertahan.

"Lepastu kan bang. Mak marah Nina kahwin dengan abang. Mak cakap, Nina ni tak sesuai dengan abang. Mak lebih suka kalau abang kahwin dengan anak kawan dia yang ustazah tu.." Cucuk Nina lagi.. Kali ini, airmatanya menitis. Aku taktahu lah kot dia sempat letak eye drop ka apa kan..~

"Mak cakap... Mak cakap.." tersedu-2 Nina

"Mak cakap.. Nina ni menantu tak sedar diri.. Huwaaaaa!!" kedengaran tangisnya

Kali ni, Firdauz tidak mampu bertahan.. Magma nak meletup. Bersedia!!!


PART 3

"Tengok!! Kau cermin diri kau! Orang tua tak sedar diri!" bagaikan dirasuk syaitan. Firdauz menghentakkan kepala mak di hadapan cermin.

"Allah.. Nak.. Mak tak buat semua tu." teresak-esak mak menahan tangis dan kesakitan.

"Tak buat konon! Eh! Nina dah cerita semuanya! Hah! Tengok! Muka orang tua tak sedar diri ni!" sekali lagi, Firdauz menarik belakang rambut mak dan menghentakkan kepala mak di hadapan cermin.

Mak cuba bertahan..

"Nak.. Mak tak buat. Percayalah." mak menangis.. Mak menangis...

"Dahlah! Kau memang tak suka aku kahwin dengan Nina tu! Tak payah nak berlakonlah!!" tempikan Firdauz membuatkan jiwa mak meruntun hiba.

Bagaikan tiada daya.. Mak jatuh rebah tatkala Firdauz melepaskan pegangannya.
Tiada belas kasihan di dalam jiwa Firdauz. Dia tidak menghiraukan mak. Terus dia pergi dari situ.

Syaitan telah menguasai jiwanya.

Mak terkulai di atas lantai rumahnya.


PART 4
"Mak! Kenapa dahi mak lebam??" soalku kerisauan

"Mak..jatuh tangga semalam." jawab mak sambil memotong bawang.

Aku menghampiri mak dan membelek-belek lebam itu.

"Haish! Mak ni. Iman tahulah Iman rabun mak.. Tapi, kalau tengok dekat-2 nampak jelas gila ada luka kat sini. Takkan lah jatuh tangga sampai luka? Tangga ja pun." heh! Berlagaknya aku. Tangga ja pun??~

"Ish kamu ni.. Membebel ja.. Dah, meh tolong mak masak."

"Haipp! Haip!! Mak..." aku mensinsing lengan bajuku lalu bercekak pinggang..

"Cuba jujur mak. Dari hati kaa hati.." selamba aku berkata

"Haha.. Hati ke hati konon. Dia tu pun selalu patah hati. Dah dah.. Cepat masak. Nanti kakak ipar kamu lapar."

Ting!!
"Mak!" aku memetik jari

"Cakap pasal akak ipar kan? Apesal dia tu pemalas sangat hah?makan pun nak berhidang. Baju pun Iman yang basuh. Bilik pun mak yang kemas. Eeee orang tua ni.. Geram aku... Kalau aku....da..." belum sempat aku menghabiskan kutukanku.. Pantas mak menutup mulutku

"Haish! Budak ni. Nanti dia dengar. Kecil hati dia."

"Ehhhh!!" aku bercekak pinggang sambil memandang mak dari atas ke bawah

"Biarlah dia dengor mak.. Takda kecik hati derr.. Lagi besar adalah.. Dia berbesar hati nak keluar dari rumah ni.. Kan kan.. Ekekekek.." aku tertawa geli hati

"Iman.... Mak tak ajar anak mak macam tu." leret mak.

"Opss! Shoreyy.." aku meminta maaf.


PART 5

"Assalamualaikum..abang.." sapaku di talian

"Waalaikumussalam dik.. Kau nak apa?" soal abang

Haish! Kasarnya

"Bang! Tolong jemput mak kat rumah adik ni." pintaku

"Apahal pula mak kat situ?" soal abang kasar

"Laa.. Mak datang jenguk cucu dia lah bang oii.." erghh!

"Kau hantar tak boleh ka?"

"Tak dapat. Sebab dah maghrib. Iman tak boleh pandu malam." jawabku. Haishh! Suami aku kerja malam pula. Alahai mak, maafkan Iman. Hurm..

"Haishh! Aku penatlah.. Baru balik kerja. Apesal kau tak bagi tahu awal-2?"
Ehh! Aku pula disalahkan.. Aku dah bagi tahu akak Nina okay! Ni mesti minah ni tak bagi tahu abang aku ni. Ish!

"Iman dah bagi tahu kak Nina lah.."

"Lain kali bagitahu awal-2 lah.. Banyak betul alasan. Aku penat tahu tak baru balik kerja. Aku pun ada life juga! Sukahati dia lah nak pi mana pun. Malas aku!" tut! Talian dimatikan..

Aku beristighfar perlahan dalam hati.

Aku pula terasa nak termenangis abang layan mak macam ni.

Ya Allah.. Berikanlah abangku hidayah dan rahmatMu.

Doaku dalam hati.

Aku memandang mak sayu yang sedang bermain dengan cucunya.

Maafkan Iman mak...~ gugur airmataku


PART 6

Rintihan seorang ibu bergema di malam itu..

Aku hanya mendengar secara senyap. Sebab mak tidur kat rumah aku. Aku lalu lalu lah.. Entah macam mana kaki ku ini terberhenti di depan bilik yang didiami mak pula.~

"Firdauz anakku... Kenapa kau jadi macam ni. Ya Allah.. Kuatkan lah hati hambaMu ini.. Pedihnyaa ya Allah. Seorang anak melayani ibunya seperti ini.. " mak memegang gambar abang

"Abang.. Kamu ingat tak.. Ketika kamu Kecil.. Kamu baik sangat. Dengar cakap mak.. Tak pernah tinggal solat. Mak rindukan semua tu nak.." airmata mak mengalir..

Tak sanggup untuk aku mendengarnya.. Aku pergi dari situ

==============================================================
Tak boleh jadi ni! Kesian mak.. Airmataku juga menitis.. Aku pula yang terasa seksanya. Allah.. Takkan aku lupakan pengorbanan seorang ibu.


PART 7

"Haha.. Of koslah! Tapi, i kena hapuskan orang tua tu dulu.."

"Hah?? Apa? Haha alolo babyboy.. You selalu buat i cair"

"Haha! Takda kantoinya lah.. Suami i belum balik kerja.."

"Hah? Nak jumpa? Bila?"

"Alolo.. You ni kan.. Suka usik i tau. Ni yang i bertambah sayang ni. Muahhh!"

"Haish! Mestilah sayang. I dah rancang elok-2 dahh untuk rampas harta si Firdauz tolol ni!"

"Ehh! You.. Dia memang budus pun. Haha! Dia taktahu yang i fitnah mak dia yang tua kerepot tu.."

"Haha.. Yaa.. Bomoh tu memanh superb lahh. "

Firdauz yang mendengar perbualan itu jadi terkedu. Sanggup kau Nina!!! Aku tak boleh terima semua ni!!

Mak? Mak... Jiwa Firdauz meruntun hiba.. Allah mak..

"Nina!!" tempik Firdauz dari arah belakang!

"Firdauz?" Nina terkedu..

"Ab...abang.. Awalnya balik.." sambil mengambil tangan Firdauz untuk bersalam.. Konon-2 isteri solehah lah kan?? Boleh blah masuk perigi lah weyy!

Pangg!!!

"Nur Ainina bt Kamarul.. Aku ceraikan kau dengan talak 3!" sekali lafaz bersaksikan recorder.. Sempat lagi tu pasang recorder. Kelakar jaa.. Hambar.

"Ab..abang!! Apa ni??"

"Abang? Abangang lah kau! Kau keluar dari rumah mak aku sekarang!!!" tempik Firdauz

"Ab..abang! Nanti dulu.. Ni...Nina..ta..."

"Aku taknak dengar apa-2 lagi!! Kau blah! Sebelum aku bunuh kau!"

"Bu..bu..bunuh??" glurp!

"Sekarang!!!" bergegar rumah mak teriakan abang bergema

Kelam kabut Nina keluar dari bilik itu..

Mak.. Maafkan abang. Sayu hatinya. Ya Allah..

Bagaikan terpukau dia selama ini dengan isterinya.

Kini, Allah pertemukan dia dengan perbualan isterinya dengan seorang lelaki entah siapa namanya..~


PART 8

Firdauz bergegas pergi ke rumah adiknya untuk berjumpa dengan satu-2nya wanita yang dia sayangi. Yang telah banyak dia lakukan dosa terhadapnya.

Makkk!! Jeritan batinnya.. Mengalir juga airmata lelakinya.

==============================================================
"Yaasin......Wal qur anil hakim.." alunan bacaan yasin kedengaran di rumah Iman

"Iman.. Mak mana?" soal abang

Aku hanya mengetap bibirku.. Menahan tangis

"Mak.. Abang.. Mak....mak dah takda..huwaa..." aku memeluk abangku meminjam kekuatan darinya

Ya Allah!!

"Bila??" Firdauz terpaku

"Pagi tadi. Adik cuba call abang. Tapi, abang off phone.. "

"Kenapa?"

"Makk.. Rebah di hamparan sejadah. Allah lebih sayangkan dia."

"Adik.. Ab...abang banyak dosa kat mak.. Makkk!!!!!" jerit Firdauz..

"Abang.. Sabar.."

"Tak!! Tak!! Macam mana abang nak sabar dikk! Abang belum minta maaf kat mak lagi..."

"Abang banyak dosa dengan mak dikkk!! "

Aku menahan tangis..

"Abang.. Ni, mak pesan bagi abang." aku menghulurkan lipatan surat itu kepada abangku.



PART 9

Warkah buat anakanda ku, Firdauz

"Firdauz.. Nama syurga. Sedap sekali bunyinya. Anakku, mak telah pergi menghadap Illahi. Namun, ketahuilah.. Mak sayangkan abang.. Mak maafkan apa yang abang pernah buat kat mak.. Satu yang mak minta. Jagalah adikmu.. Jadilah anak yang soleh. Biarpun mak dan ayah dah tiada lagi di dunia ini. Jagalah tutur kata. Jangan tinggal solat.. Jangan biarkan mak terseksa lagi di alam barzakh. Biarlah mak tenang di sini nak.. Mak maafkan kesalahan abang. Mak sayang anak-2 mak.. Anak-2 mak tiada gantinya...

-Ibumu- "

Airmata Firdauz mengalir perlahan. Telah seminggu mak menghadap Illahi. Tiap kali rindukan mak, abang akan sedekahkan Al-Fatihah, mengaji untuk arwah mak dan arwah ayah. Abang akan baca surat mak setiap hari.

Mak, maafkan abang...

TAMAT

[hak milik siszie]

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Mencintai dia kerana Dia [Confess]

 Apa yang mampu untukku lakukan hanyalah memendam perasaan yang terkadang timbul dan tenggelam. Masih tidak pasti lagi apakah maksud perasaa...