SAHABAT, PIMPINLAH AKU [full part]

PART 1

"Syifa.." seru Ainul..

Syifa mendongak memandang Ainul yang sedang tersenyum.

"Kenapa??" Soal Syifa yang sedang membaca sebuah buku bertajuk JANGAN BERSEDIH, JADILAH WANITA YANG PALING BAHAGIA

"Aku tengok.. kau ni.. dah banyak berubah.. Pehal eh?" Hairan temannya itu dengan perubahan sahabatnya itu.

Syifa hanya tersenyum..

Syifa yang dahulu nya seorang yang sosial.. Tudung pun singkat.. atas dada. Seluar ketat. Baju lengan pendek dan bla bla bla.. semuanya lah. But now?? Jeng jeng jeng jeng..

"Ishh! kau ni, asyik senyum ja. Dulu kau tak macam ni tau. " Baran Ainul melihat sahabatnya itu.

Syifa mengangkat keningnya ala-2 Ziana Zain..

"Kau ni, sekarang tak best lah! Dah tak macam dulu. Nak ajak keluar pun payah. Tu! Irfan pun kau tinggalkan. Haishh!" Sambung Ainul lagi..

Syifa hanya mendiamkan diri.

"Kalau dulu, pakaian kau Tak macam ni. Tak labuh-2 macam ni.. "

Tersentap Syifa mendengarnya..

"Ainul, maksud kau apa? " soal Syifa meminta kepastian.

"Takdalah.. aku rimas tengok kau pakai macam ni. Lepastu, bila borak dengan kitorang pun, kadang-2 pasal dakwah.. dakwah.. dakwah.. huhu sorry lahh.. kalau aku jujur sangat. " luah Ainul..

Ya Allah! Peritnya.. sahabat yang selalu bersamanya.. tak senang melihat dia berhijrah.. Arghh! Sakit ya Allah..


PART 2
Hujan yang turun.. bagaikan mutiara.. aku termenung.. mengenangkan diriku yang dahulu..

Dahulu, akulah orang yang paling famous sekali. Tapi, semua tu, takda faedah. Dahulu, aku sosial.. aku aktif di laman sosial..

aku chat ajnabi sana sini.. bersuka ria.. bermesra-2.. Tapi, aku tak pernah couple. Namun, ada seorang sahaja lelaki yang hingga kini masih mencariku, Irfan..

orang fikir dialah kekasihku. Huh! Mungkin silap aku juga. Kerana diri dulu mudah sahaja melayan.

"Oi! Termenung pehal? Jom keluar.. " Ajak Nia.

Tersentak aku.. lamunanku terhenti di situ.

"Hurm.. takpalah. aku nak duduk rumah ja. Lagipun, esok kelas aku awal pagi. " Jawabku..

"Hokk alorhh! Bajet alim lah tu.. tak keluar rumah konon.. hahah sorry.. joking."

dush! dush! Sentap.. lagi aku.

"Hurm.. kau keluar dengan siapa? " Soalku menukar topik.. untuk melindung rasa sebak ku.

"Dengan.. Joey, Mail, hah! Irfan pun ada. Diorang semua bawa awek memasing. Kecuali Irfan.. Tu lah kau! Kesian Irfan. " jawab Nia..

Allah.. sahabat..

"Nia, kau pi jam berapa? "

"Lepas isyak kang.. apesal?"

"Duduk sini jap.. " Aku menarik tangannya untuk duduk bersebelahan ku.

"Nia.. hurm.. aku tahu, aku bukan baik sangat. Tapi, boleh tak? Sebagai sahabat.. aku nasihat.. jangan kerap sangat keluar dengan lelaki.. jaga ikhtilat.. aku sayang kau.. aku sayang semua sahabat kita. " Nasihat ku perlahan sambil tersenyum.


PART 3
"Hek eleh! Dia fikir dia apa bhai?? Nak nasihat aku konon. Ehh! Dulu, dia tu lagi teruk tau. Layan lelaki sana sini.. nak suruh orang jaga ikhtilat konon. " Sembur Nia

"Wait.. Kau cakap pasal siapa ni? " Soal Irfan..

"Awek kau lahh.. bengang aku.. sahabat apa macam tu? Nasihatkan orang. Tapi, diri sendiri tunggang-langgang.. " Marah benar Nia

"Haa...Maghoh maghoh.." Mail menyampuk..

Nia hanya menjeling tajam.

"Ainul mana? " Soal Joey.

"Dia ada assignment yang tak siap.. " jawab Nia..

"Hurm.. nampaknya.. kita berlima ja lah lepak malam ni.. " Kata Mail..

Siapa? Nana, Mail, Joey, Nia, Irfan... lima lah tu..


PART 4
Pernah dahulu, seorang niqabis hadir dalam hidup ku, dia menasihati ku.. Alhamdulillah..senang sangat aku terima. Mungkin, tatkala itulah hidayah Allah datang menyapa hatiku

katanya, 'Nasihat itu diambil dari sesiapa sahaja. Tak kira pangkat, darjat atau banyak mana pahalanya. Sama seperti kisah seorang Sheikh yang menerima nasihat daripada seorang perompak'

Aku hanya tersenyum... Namun, kadang-kala..sahabat serumahku membuatkan aku rasa down.. namun, kerana sayang aku tahan..

"Syifa...pakwe kau call ni. " Jerit Ainul

Haihh! Mamat ni.. Tak habis-2 ganggu aku.. agaknya nak kena baling dengan dapur gas tak da gas dulu baru nak berhenti ganggu aku agaknya..

Irfan?? Aku tak pernah declare dengan dia. Namun, kerana sikap ku yang dulu gemar melayan.. orang sekeliling memandang rendah terhadap perubahanku.. apa? Nasihat orang suruh jaga iktilat. Tapi, diri sendiri couple. Salah faham semua tu. Namun, relax lah.. mujahadah itu pahit, kerana syurga itu manis.. itulah salah satu kata-2 niqabis itu kepadaku

"Cakap aku dah tidur.. " Jeritku dari arah bilik..

"Ishh!Kau ni.. apesal kau asyik mengelak ja hah dari dia? " Soal Ainul pula..

Allah... berat nya ujian.. sorang, sorang sahabatku tak suka dengan perubahanku ini..

Namun, aku masih tersenyum.. kerana aku tahu, Allah lebih tahu..


PART 5
"Wey, aku Tak sukalah.. dengan Syifa sekarang.."

"Pehal?"

"Tengoklah.. asyik duk rumah.. keluar lepak pun taknak.. Irfan pun dia dah tak layan.. "

"ha'ah kan??Pehal eh?? Ishh! Nasihat orang, tapi.. hurm.. "

"Tu lah tu..Erghh aku pula yang stress duduk dalam rumah ni dengan dia.. dengan tudung labuh dia tu.. "

"Dia sendiri ada pakwe.. tapi, nasihat suruh jaga ikhtilat.. Arghh! Bengang aku. "

Perlahan aku terdengar perbualan mereka.. Ainul dan Nia.. Diorang ni kalau mengumpat aku memang win ~

Sedihnya ya Allah.. sahabat sendiri tuduh kita macam-2..

:lemon::lemon::lemon::lemon::lemon::lemon::lemon::lemon::lemon:
Duhai sahabat, janganlah kamu pantas menghukum sesuatu tanpa soal selidik
:lemon::lemon::lemon::lemon::lemon::lemon::lemon::lemon::lemon:

Perlahan airmataku menitis. Ya Allah! Memang pahit.. pahit sangat. Sanggup ka aku tahan? Ya Allah.. kuatkanlah aku..

Aku hanya mampu berdoa..


PART 6
Kadang-kala.. bila teringat perbualan mereka.. membuatkan aku teringat kembali memori dulu. Memori.. aku di zaman jahiliah..

Bila melihat komen-2 di status fb ku, Allah... Aku terasa macam aku tiada maruah..

komen status ajnabi sana sini..

Bergelak tawa.

berchatting

Berbual dalam telefon hingga jam 2 atau 3 pagi.

Huh? Jahil kan?

Orang pagi-2 macam tu, duk buat qiamulail. Tapi aku?? Duk bergayut dengan ajnabi.

pedihnyaa bila aku fikir semua tu..

Tapi, aku teringat nasihat niqabis itu, 'Allah tak memandang kita yang dahulu. Allah memandang kita yang sekarang. Kalau Syifa dah ada niat nak hijrah.. teruskan. Walaupun dulu.. kita teruk macam mana pun.. tapi, yakinlah.. Allah melihat kita yang sekarang.. Best tau.. bila kita sentiasa rasa tenang bersamaNya.. '


 PART 7
"Syifa taktahu nak buat apa kak.. " aku mengadu pada niqabis itu

"Kenapa sayang??" Dia hanya tersenyum.. walaupun hanya menampakkan dua matanya..

"Syifa taktahu nak buat apa.. sahabat Syifa tak suka tengok Syifa berubah macam ni.. " Menitis airmataku..

"Sahabat?? Aikk! First time akak dengar sahabat tak terima penghijrahan seseorang.. " Niqabis itu masih tersenyum

"Syifa yakin mereka sahabat Syifa? " Soal Niqabis itu

"Hurm... "

"Shh! Jangan cakap apa-2.. jawab dalam hati ja.. "

"Seorang sahabat akan sentiasa menyokong penghijrahan sahabat nya.. kalau dia Tak sokong.. Adalah tu masalahnya tu.. mungkin, Syifa pun ada silap.. Syifa muhasabah diri balik.. Mohon petunjuk kat Allah.. Akak tahu, Syifa ni baik.. tapi, kita ni manusia biasa Syifa.. sebaik mana pun kita.. Pasti akan ada manusia yang Tak sukakan kita. Apa pun, doakan yang terbaik untuk sahabat Syifa tu.. " Sambungnya.. masih tersenyum.. tenangnya dia menasihatiku..


PART 8
"Ya Allah..ampunkanlah segala dosaku. Dosa kedua ibubapaku. Ya Allah.. aku masih dalam proses mengejar cintaMu.. namun, banyak dugaan yang telah aku lalui.. Aku bersyukur kerana Kau turunkan dugaan ini.. kerana aku tahu, dugaan inilah yang akan menguatkan aku. Aku mohon lembutkanlah hati sahabatku. Berikanlah mereka hidayahMu ya Allah.. Aku sayangkan mereka. Susah senang kami bersama. tapi, sekarang.. mereka menjauhkan diri dariku hanya kerana aku mengejar redhaMu.. aku mohon.. bukan Aku sahaja yang ingin ke syurga Engkau.. aku ingin menarik sahabatku juga.. aku mohon.. permudahkanlah ya Allah.. kuatkanlah aku.. sahabatku, sahabat dunia akhiratku.. walaupun mereka menghinaku.. Tapi, aku tahu hati mereka ada lembutnya juga.... Robbana atina fid dunya hasanah. Wafil akhirati hasanah.. wakina a'zabannar. wasolallahu a'la saidina Muhammad.. wa'ala alihi wasohbihi wasallam.. walhamdulillah.. hirobbil a'lamin.. " Aku menyapu kedua tanganku ke muka.. Alhamdulillah.. tenang sikit rasa..

Namun, aku terdengar suara esakan di belakangku..

seram sejuk aku.. Ya Allah! Ujian apalah yang Kau berikan ni? Janganlah.. aku sorang ja kat rumah ni..


PART 9
Astaghfirullah.. al azim.. perlahan aku istighfar.. haishh! Apalah.. aku ni fikir bukan-2..

Aku masih mendengar suara esakan itu..

"Syifa... " Erk! macam kenal suara tu..

perlahan aku memandang ke belakang..

Allah! Dua orang sahabatku sedang menangis.. Aikk! Kenapa??

"Kenapa ni?? " Pantas aku bangun menuju ke arah mereka..

"Syifa.. kitorang.. ki.. kitorang.. " Tersekat-sekat suara Ainul.. oleh kerana esakan tangisnya

"Okay-2.. perlahan-2.. kenapa ni? Ermm?? Nia??"

"Kitorang minta maaf.. kitorang banyak buat silap.. maafkan kitorang.. kitorang terdengar doa kau untuk kitorang.. rasa sayu sangat.. sangat sayu.. " jelas Nia..

Alhamdulillah.. detik hatiku.. Saat ini, aku terasa nak guling-2 atas katil.. syukur ya Allah..

"Syifaa.. maafkan kitorang tak??" Soal Ainul..

Aku mengangguk-angguk sambil memeluk mereka.. dan berkata.."insyaAllah.. mestilah.. korang sahabat aku wey... " menitis airmataku keharuan... kepada sebuah pertemuan.. nyanyi sikit..

"Syifa.. " Seru Nia..

"Ya..?? "

"Kitorang nak buat permintaan.. " Kata Ainul

aku mengangkat keningku ala-2 Ziana Zain..

"Apa dia tu?? "

mereka berdua pantas memelukku seraya berkata

"Sahabat, pimpinlah aku "

Allah.... berdetak jantungku. syukur.. ya Allah..
==============================================================

Mungkin banyak halangan nak berubah. Tapi, ingatlah.. halangan tu lahh yang buatkan kau lebih tabah -Syifa

TAMAT


[hak milik siszie]

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Mencintai dia kerana Dia [Confess]

 Apa yang mampu untukku lakukan hanyalah memendam perasaan yang terkadang timbul dan tenggelam. Masih tidak pasti lagi apakah maksud perasaa...