SETAHUN YANG LALU.......
"Amboihhh.. sedapnya suara?" Sergah Iffah.
aku menjelingnya. Hishh! kacau betul lah makcik sorang ni. Aku tengah feeling-2 kot haha~
"Hmm.. saja nyanyi." Jawabku menyembunyikan perasaan
"Yeke? Mood macam happy ja? Apa cer??" soalnya ingin tahu
"Apa? Aku nyanyi ja. Kebetulan terdengar lagu ni ha.. sedap lirik dia. Syahdu ja dengar."
"Hmm? Lagu apa?" soal Iffah hairan
"Rahsia...."
"Ciss! Apa-apa ja lah."
=======================================================================
"Insyirah..."
aku yang sedang leka minum air pantas berpaling ke arah suara yang menyeru namaku
"Hmm? Iyaa?" Soalku
"Buat apa kat sini sorang-sorang? Mana kawan yang lain?" Soalnya ingin tahu
"Ouh.. diorang pergi beli makanan jap. Haa duduklah." Ajakku.
Kebetulan rakanku yang lain ingin membeli makanan di depan gerai sana. Aku pun mengambil kesempatan untuk duduk di sebuah bangku yang kosong berhadapan dengan kampus tempat belajarku
"Ouh.. takpalah. Saja lalu sini ternampak awak sorang-sorang." Jawab Ferhad sopan
"Ouh.. awak dari mana?"
"Takda mana. Okelah, saya cau dulu. Take care. Assalamualaikum." Pantas berlalu pergi. Salam nya aku jawab dalam hati. Hmm, peliknya dia tu.
========================================================================
"Kenapa Had?" soal Nashril tiba-tiba
"Huh? Apa?" Terkejut aku. Tengah syok-syok termenung. Huhu..
"Kenapa tak luahkan? Aku tahu kau terseksa." luah Nashril memahami akan perasaan sahabatnya itu. Perlahan dia menepuk perlahan bahu sang sahabat.
Bukan dia tak tahu, si Ferhad dah lama memendam rasa terhadap gadis yang bernama Insyirah. Tengok dari gaya saja dah tahu.
Aku mengeluh
"InsyaAllah, setengah tahun ja lagi." Jawabku
"kalau nak genapkan sampai setengah tahun ni maksudnya dah 4 tahun kau pendam. Tak sakit ke Had?" Nashril simpati dengan sahabatnya itu. 'Kalau terjadi kat aku ni, woo mustahil dapat pendam.' omel Nashril dalam hati.
Aku tersenyum nipis. "Siapa kata tak sakit? Sangat menyeksakan.."
"Dah tahu kalau seksa.. kenapa tak luahkan?" Soal Nashril tidak puas hati
"Kau tak faham. Aku tak mampu nak luahkan sekarang." jawabku perlahan
"Dari segi mana yang kau tak mampu?" sinis saja pertanyaan Nashril
"Maksud aku, aku masih banyak yang kena belajar lagi.. Masih banyak yang perlu aku fikirkan. Sebelum melamar dia."
"Haihh.. entahlah Had. Malas dah nak tanya. Apa pun, sebagai sahabat aku doakan moga kau bahagia dunia akhirat."
Aku hanya senyum tanpa membalas kata-katanya. Walhal dalam hati, aku berterima kasih kerana dia mendoakan kebahagiaan aku dan aku juga bersyukur padaNya.. walau perasaan yang hadir ini memberikan keseksaan, tapi aku yakin.. dengan panahan doa yang selalu aku pinta setiap hari.. Allah akan berikan yang terbaik.
========================================================================
WAKTU SEKARANG
"Abang!!" jeritku dari arah tangga bilik
"Abang! jap..." berlari-lari anak aku pergi ke arah suami tercinta
"Haa.. kenapa sayang??" Jawab Ferhad yang baru saja ingin duduk di sofa berhadapan dengan tv di ruang tamu. Kalut sekejap sebab dengar jeritan isterinya.
"Abang ada beli apa-apa tak??" soalku teruja
"La.. ingatkan apalah tadi. Siap lari-lari pula." Ferhad mengeluh
"Hehe.. ada tak?"
"hmm.. ada." Jawab Ferhad ringkas tanpa memandang isterinya. Dia membuka siaran tv. Dan menekan-nekan alat kawalan tv untuk mencari siaran yang diminatinya
"Beli apa?"
"Apam go back"
"Hah?"
"Iya.. apam go back."
"Erk! Apo bondo eh tu?"
Pecah tawa Ferhad mendengar loghat Negeri sembilan isterinya. Haa, nasiblah kau faham yaaa Ferhad oii.
"Hahaha! Apam balik lah.."
"Ouh.. ingatkan apalah tadi." pending aku jadinya.
"Kenapa? Tak suka kah?" soal Ferhad memandangku
"Bukanlah. Cuma jadi blurr tetiba. Okelah, Syirah pi ambil jap."
Ferhad memandang isterinya... menuju ke dapur
Ferhad tersenyum sendirian. Siapa sangka? Insyirah yang dia minati dulu menjadi isterinya. Rasa berbaloi menunggu. Haha~
========================================================================
"Sayang..abang nak tanyalah."
"Hm? Tanyalah." aku yang sedang membaca novel memandangnya
"Sayang kenapa tak lari dari hidup abang eh? Walaupun dulu sayang dah tahu perangai abang ni pelik. Suka benda-benda yang negatif. Nama jaa solat 5 waktu, melakukan perkara wajib. Tapi, alaa malas nak sebut." soal Ferhad tiba-tiba..
"Huishh! Soalan dari negara mana ni?"
"Jawablah.."
"Sebab terpaksa ja."
tersentap Ferhad mendengarnya
aku memandang Ferhad, berubah air mukanya
Aku tersenyum nipis
"Ayat Syirah belum habis lagi..." aku tersengih
"Hishhhh..." Ferhad mencuit hidungku
"Hmm.. buat apa syirah nak lari? Walau baik buruk abang sekalipun Syirah dah tahu, Syirah tetap sayangkan abang. Kalau abang ada kekurangan, biarlah syirah yang jadi pelengkapnya. Takkan syirah nak lari dan cari yang lebih baik? Sedangkan di depan mata syirah ni lah yang terbaik di antara yang lebih baik. Takda siapa sempurna bang dan takda sebab syirah nak lari."
"Woww.. isteri solehah.."
"Haha yeke? dan.. kalau nak tahu, syirah dah lama minat abang tau."
Terbuntang mata Ferhad
"hah?? Bila?"
"Hm.. abangkan selalu tegur-tegur Syirah dulu. Terasa macam.. entahlah. Taktahu lah kenapa tetiba terjatuh hati pula."
"Hmm.. jadi tadi sayang kata sebab terpaksa.. apa yang terpaksa?" Soalnya lagi.
"Hehe.. tu saja ja. Nak buat entry nya gempak gitu."
"Sayang!!"
"Woww! macam perempuan ja jerit-jerit ni. Hahaha!" pecah tawaku
"Haha.. takdalah. Terkejut tau tadi huhu..."
"Hehe.. sorry. Saja ja nak tengok reaksi abang." serba salah pula tiba-tiba.
aku melihatnya termenung.. berkhayal ke apa suami aku ni?
"Haihh.. khayal lagi kah?" soalku mengeluh
"Ha'ah.. sebab sayang lah abang khayal." jawabnya nakal
"Amboihh.. gatal pula malam-malam ni." aku menjelingnya
"Kisah apa? Halal bhai."
"Hm..harap abang juga dapat terima kekurangan dan kelebihan yang ada pada diri insyirah. Syirah harap sangat.. hubungan ni kekal hingga Jannah. Susah tau.. macam-macam dugaan kita lalui untuk sampai ke tahap macam ni. Abang terseksa, syirah pun terseksa juga dulu. Sama-sama merasai keperitan memendam rasa demi mengejar cinta Ilahi."
Dia hanya tersenyum dan perlahan menarikku dalam dakapannya.
dalam hati kami, bersyukur pada Allah kerana menghadirkan rasa ini. Moga dugaan yang bakal datang, akan kami tempuhi bersama kerana kami tahu, ada Dia yang sedang memerhati.
Tamat
[HAK MILIK SISZIE]
Dicatat pada 6:18//16 April 2017
Tiada ulasan:
Catat Ulasan