CARA NAK BUAT CERPEN

  Assalamualaikum.. oke entry kali ni nak cakap pasal cara buat cerpen. Sebab ada seseorang request supaya aku share cara nak create cerpen ni ha.. Haha.. even aku ni tak pro mana pun. But, InsyaAllah sedikit sebanyak maybe aku boleh bantu korang yang teringin nak menulis ni kan??

  Oke, before tu aku nak share. Aku start menulis since aku Form 2. Hmm.. jenis aku.. bila aku nak buat sesuatu cerita tu, aku akan cari seorang hero di dalam kehidupan realiti aku. Kahkahkah!! Haaa punya tinggi imaginasi kau tuuu jahh oiiii. Oke, aku dapat jumpa hero cerpen aku tu waktu aku akhir form 3. Haha.. lama tak?? Kehkehkeh. Mr. F

   Kalau macam aku.. aku hanya akan gunakan satu hero saja untuk buat banyak cerpen. Tapi, perwatakan mereka lain-lain pada setiap cerpen. Maksudnya, aku try elobarate watak hero tu untuk menjadi beribu watak. Aku bukan buat sebiji-sebiji okee. Haha agak-agaklahh. Otak aku bukannya macam robot. So, aku ni jenis yang setia pada seorang hero. Kahkahkahhh!! HashtagTetiba

   Oke next.. bila aku dah jumpa watak hero.. aku akan try imagine kan cerita apa aku nak buat. Aku try imagine kan jalan cerita dulu. Kemudian, baru aku letak tajuk. Tapi, kalau korang nak tahu, aku ni fail bab-bab nak letak tajuk ni. Sebab tu sekarang aku buat cerpen berasaskan lagu. So, tajuk cerpen aku adalah tajuk lagu tersebut. Hhahaaha~~

   Next.. bila aku dah try imagine jalan cerita.. aku akan try menulis. Bila aku tak dapat idea.. aku akan cuba untuk keluar rumah. Bak kata orang pi cari ilham. Tapi, 'keluar rumah' dalam definisi hidup aku adalah duduk kat beranda luar tu ja haa. Haha ~~ atau aku akan habiskan masa dengan baca novel. Ni bukan plagiat jalan cerita orang oke. Ni namanya cari ilham dalam novel yang kita baca. So, bila dah dapat ilham.. dapatlah buat. Bila dah buat. Haha.. confirm takkan 100% sama pun dengan novel yang kau baca tu. Kan aku dah kata tadi, CARI ILHAM haaa haha ~~

  Oke next.. Hmm.. kena ada semangat juga. Macam aku ni, kadang takda semangat nak tulis. Percayalah idea takkan datang weyhh! Ni aku tak tipu haa hahah~~ and bila kau push diri kau untuk tulis sekalipun dengan diri yang takda semangat tu, trust aku ahhh confirm kau takkan puas hati dengan jalan cerita yang kau create huuhuu~~

   Hmm then apa lagi haa??

Haa.. pasal aku buat cerita dari lagu ke cerpen tu.. aku first of all aku fahamkan maksud lagu tu dulu. Kemudian aku akan buat jalan cerita yang ada pengisian berdasarkan lirik lagu tu. Tapi, apa pun.. jangan lupa baca doa dulu. Haha ~ hashtagNantiTakJadiCeritaKau ~ hmm

   Err.. ada lagi ka yang aku tertinggal? haha.. Nanti kalau ada soalan, kemukakan oke. Boleh contact aku. Kat mana? Haa kau scroll atas sekali ada tempat untuk contact aku. Kalau aku boleh jawab, insyaAllah aku jawab.

  Btw sorry kalau cara aku ni tak membantu korang. Haha aku shared berdasarkan pengalaman aku je. Hmm ~~

 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Mencintai dia kerana Dia [Confess]

 Apa yang mampu untukku lakukan hanyalah memendam perasaan yang terkadang timbul dan tenggelam. Masih tidak pasti lagi apakah maksud perasaa...