HAKIKAT BAHAGIA [background cerpen] Full part

"Awathif..kau pernah dengar tak pasal sorang makcik kat depan masjid sana tu?" Soal Lisa, rakan sebilikku

"Hmm?? Kenapa? Makcik tu bela hantu ke?" Soalku tanpa memandang Lisa

"Ishh! Kau ni.. Karut semua tu."

Aku tersengih.. "Hmm?Dahtu? Gaya kau cerita macam makcik tu ada bela ja. Haha.." Aku sambung membaca novel kesukaanku

"Tak.. aku hairan. Makcik tu setiap hari datang kat masjid tu untuk buka gerai depan tu. Tapi, dia bukan menjual pun.. " Lisa menyilang kedua tangannya dengan gaya berfikir

"Ehh! Yeke? Dah tu? Tak jual, makcik tu buat apa kat situ??" Soalku bertambah hairan. Huishh! Ada ke macam tu pula? Dah buka gerai, mesti lahh kena jual kan? kan? kan??

"Makcik tu.. kalau siapa datang kedai dia.. dia bagi jaa makanan-2 tu semua." Jelas Lisa

"Ehh??? Kau ni biar betul? Dahtu? macam mana makcik tu teruskan kehidupan seharian kalau takda duit poket??"

"Hmm.. ne lah aku tahu. Kita pi nak esok??" ajak Lisa

hmm... biar betul? Macam pelik ja?? Kan...

"Jam berapa??" aku berminat

"Makcik tu buka gerai dia sekitar jam 3 petang sampai 5."

"Kalau macam tu, kita pi lepas asarlah. Aku lepas balik dari sekolah aku nak bum bum jap. Hehe..."

"Hee... apa punya cikgulah kau ni" Gedebukkk! Lisa membaling bantal tepat ke muka ku.

"Adoii.. sakitlah. Alaa tak lama.. dalam 20 minit macam tu ja aku tidur"

Lisa hanya menjelingku. Haha!! Tak percayalah tu. Aku ni, kalau dapat bum bum.. itik bertelur pecah sibiji pop! Pun tak sedar. Huhu... kena kunci jam..

========================================================================

"Assalamualaikum makcik.. menu apa harini?" sapa Lisa. Wah wah wah! kemain mesra nyaa si Lisa ni. Macam dah lama kenal pula.

"Waalaikumussalam. Hari ni.. ada menu nasi ayam dik." Makcik itu menjawab seraya itu tersenyum memandang kami. Manis sekali senyumannya.

"Kami nak 2 bungkus boleh makcik??" Soalku

"Ehh boleh sajaaa sayang. Kejap ya."

Kami memerhatikan gelagat makcik tersebut. Hmm.. nampak memang macam orang baik-baik. Pakaian pun sopan, pembersih. senyuman pun manis.

"Nah..." Makcik itu menghulurkan bungkusan tersebut

"Berapa ringgit makcik?" Soalku pura-pura

"Ambil saja sayang.. makcik memang bagi tanpa minta bayaran." Makcik itu tersenyum

"Ehh? Betul ke ni?? " soal kami dengan muka pura-pura terkejut. Fuhh! Ni boleh masuk tv ni. hahaah!!

"Iyaa sayang." Masih tersenyum

"Err..."

"Err... makcik, boleh kami tanya??" Lisa membuka bicara

kami bertiga duduk di tepi van yang tidak jauh dari situ ada sebuah bangku. Kebetulan pula waktu kami tiba, kami adalah orang yang terakhir

"Iyaa? Nak tanya apa tu??" masih lagi tersenyum. Ya Allah, tak penat ke pipi tu asyik senyum jaaaa huwaa... aku pula yang emo

"Err.. kenapa makcik buka gerai kat sini? sedangkan makcik tak ambil 1 sen pun duit. Maaf kalau soalan kami menyinggung perasaan makcik." serba salah aku menyoal

  "Nak kata makcik ni perbadanan kebajikan.. kami tak nampak apa-apa tag pula." Lisa pula menyoal

"Haha.. yeke? Hmm.. kamu berdua ni nama nya apa?" Aiyyoo makcik ni boleh ketawa pula. ai serius tau. Huhu..

"Saya Nur Awathif bt Salleh."

"Saya Siti Malisa bt Jaafar.."

 "Hmm.. sedap nama kamu berdua ya."

kami berdua tersengih.


"Oke.. apa yang makcik boleh cakapkan.. Makcik suka buat macam ni.. bukan bermakna makcik nak bangga diri. Tapi, makcik suka tolong orang. dalam fikiran kalian mesti tertanya-tanya.. kenapa tak pergi ke rumah anak yatim ke.. warga tua ke... atau kat mana-mana lorong jalanan yang lebih ramai lagi orang susah. Makcik taknak. Bukan maksud makcik.. makcik taknak bantu mereka. Tapi, sebenarnya.. mereka pun makcik bantu."

Mulut kami terlongo

"haha.. tutup mulut tu. Lalat bagi salam.."

"Tapi, kenapa makcik susah-susah ja buat macam ni? Dengan panas terik lagi. Penat lelah.. Tapi, apa pun tak dapat" Soal Lisa

"Makcik ni nampak datang dari keluarga yang senang ya?" aku memberanikan menyoal

"Makcik dapatlah apa yang makcik nak. makcik dapat kebahagiaan makcik. Tolong orang, penat lelah... makcik dapat rasa apa yang orang lain juga rasa. Ya.. makcik orang kaya. Tu... depan tu rumah makcik. Dekat ja kan? Makcik taknak pergi jauh-jauh bukan apa.. sengaja pergi dekat. Jimat masa. Sebab kat tempat lain, dah ada perbadanan kebajikan yang memberi sedekah. Makcik dah check tau." terangnya. Peramah nya makcik ni

"Saya tak fahamlah makcik. Kenapa makcik perlu buat semua ni? Penat huhu...dahlah panas." Amboiihh si Lisa ni.. jujurnya. cover lah sikit. Ngeh.. ~

"Haiipp tak baik cakap macam tu. Kamu kena tahu.. kebahagiaan tu adalah satu kesyukuran. Bila kita kaya, kita jadi insan yang pemurah. Bila kita berkuasa.. kita amanah. Bila kita berjaya.. kita tak alpa dengan Allah. Dan..bahagia tu bila kita susah, kita tak gelisah. Bila kita miskin. kita bersyukur juga.. bila kita sakit.. kita tak resah pun. Sebab apa? sebab kita bahagia. Bahagia sebab apa? Sebab kita sentiasa ingat Allah."

kami berdua terdiam kelu. Kenapa tetiba rasa macam mendalam sangat? Haha..

"Kita akan resah bila kita tak ingat Allah.. kita kan.. bila sakit, kita tak bersyukur.. dan resah ja. Sedangkan sakit itu pun salah satu menghapus dosa-2 kecil. Ye tak?? Ha.. tu sebab kita tak pernah nak bersyukur dengan apa nikmat yang Allah beri. Apa nikmat? Kesihatan, udara tu haa.. kaki untuk berjalan.. tangan untuk makan. Banyak lagi sebenarnya sayang kalau nak jelaskan. Betul tak??"

kami berdua hanya mengangguk

wahai manusia bila kali terakhir kau solat? Bila kali terakhir kau bersyukur??

Erk!

"Sebab tu bila kita berdoa.. kita akan mulakan 'Alhamdulillah hirobbil a'lamin.' kalau sebelum ni, berdoa kita mulakan dengan 'Ya Allah.. ampunkanlah dosa ku' jom kita tukar kan kepada dengan bersyukur dahulu. Bersyukur dengan segala-galanya. Tak salah pun nak doa macam mana. Tapi, dengan cara ni.. menjadikan kita lebih ingat tentang bersyukur. Allah pernah berfirman ketahuilah dengan mengingati Allah, jiwa akan menjadi tenang. Hakikatnya bahagia itu adalah suatu ketenangan. Bila hati mengingati Tuhan."

Kami mengangguk..

"ehh.. Maaflah, banyak pula makcik cakap."

"Ha.. takpa-takpa makcik. Alhamdulillah dapat juga kami ilmu baru harini. " aku tersenyum malu. Malu kerana kadang-kadang aku juga alpa untuk bersyukur dengan nikmat yang Allah berikan.

"Makcik, terima kasih." aku dan Lisa mengucapkannya. Allahu.. sangat bermanfaat kata-kata makcik ni. Merendah diri orangnya.

TAMAT

[hak milik siszie]

[Dicatat pada 6:15PM//14 April 2017]

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Mencintai dia kerana Dia [Confess]

 Apa yang mampu untukku lakukan hanyalah memendam perasaan yang terkadang timbul dan tenggelam. Masih tidak pasti lagi apakah maksud perasaa...