ATAS NAMA CINTA [background cerpen]-Full

"Sumayyah..." Perlahan nama ku diseru
 "Iyaa?" aku berpaling dan tersenyum ke arahnya..

MasyaAllah! Indahnya senyuman dia.

Astaghrifullah al a'zim.. perlahan Irfan beristighfar dalam hati. Dia ajnabi woiiii! Hati kecilnya menjerit. Bagaikan tersedar dari terlena dibuai lembut belaian cinta. Bukannya dia baru kenal dengan Sumayyah.. Siapa tak kenal? Dia gadis biasa.. tidaklah secantik miss universe. Tapi, sekali tengok dia... terpalit rasa cinta di hati weyhh! Akhlak dia menjadi tarikan.

"Err.. saya nak pinjam nota awak boleh?" pinta Irfan gugup.
"Ouh.. InsyaAllah boleh. Nah..." Sumayyah menghulurkan nota tersebut. kebetulan dia memegang nota itu.

Pantas diambil Irfan

"Terima kasih.." Ucap Irfan berlalu pergi.

sumayyah hanya tersenyum.

========================================================================

Hati Irfan masih berdebar.. fuhh! rushingnya jantung ni. Allahu.. Berdosa kah aku memendam rasa ini? Umur pun dah dalam kategori kau-boleh-kahwin-ehh-sila-sila Caitt! Jiwang jap. Hahaha!!

  Jenis Irfan, dia lebih rela memendamkan perasaan dia. Asalkan dia tidak terlena dibuai cinta yang belum pasti. Dia hanya khuatir keindahan itu merampas rasa cinta dia pada Ilahi.. memang benar, bukan mudah bernafas dalam jiwa hamba. Tapi, bagi Irfan.. selagi boleh...dia tetap akan cuba. Dia takut kemurkaanNya menjadikan dia lebih leka. Takut tanpa dia sedar, Dia di atas sana murka padanya. Ada lagi ke lelaki macam tu kat dunia ni? KAHKAHKAH!! hashtagTetiba...

=======================================================================

"Weyhh Fan.. Kau apesal tak luahkan ja kat si Sumayyah tu haa??" Soal Haikal, rakan sekuliahnya

   Irfan hanya mendiamkan diri..

"Weyhh Kuali!"

Irfan menyeringai... "Haishh! Apa? Aku tengah baca nota ni kan??"

"Jawablah soalan aku tu.." Gesa Haikal

"Hmm.. Nak aku jawab ka??" Irfan tersengih

Haikal membuat muka sememeh

"Hehe.. hmm.. macam mana nak jawab eh??"

"Hishh! Jawab ja lah apa yang ada dalam hati dan otak kau tu..."

"Aku.. memang suka kat Sumayyah tu. Tapi, aku pun tak pasti dia jodoh aku atau tak. Bagi lah aku habiskan study aku ni dulu. Nanti, kalau ada jodoh.. aku masuk ja lah minang terus." Irfan sambung pembacaannya

"Tapi kan, kot ye pun, kau buat lah apa-apa dulu dengan dia... like.. luahkan dulu ka.. apa ka...biar dia tahu, kau ni dah tangkap cintun dengan dia." cadang Haikal

"Perlu ke?" Soal Irfan tanpa memandang rakannya

"Perlu weyhhh! nanti dia kena kebas dek orang. Aku gelakkan kau ja sebab lambat bertindak."

"Entahlah Haikal. Nak kata aku ni lelaki yang pengecut tak juga. Aku boleh ja pi masuk minang dia terus. Tapi, kau pun tahu.. aku ni kerja pun tak. Nanti nak bagi dia makan apa? Heh.."

"Bukan aku suruh kau minang dia.. maksud aku.. ala.. susahlah kau ni. Maksud aku, kau luahkan ja kat dia dulu biar dia tahu kau sayang dia." Haikal dah tahap bengang

"Hishh! Aku fahamlah maksud kau. Aku taknak lah.. selagi belum halal."

"Kalau macam tu, nikah gantung. Hehe.." Cadang Haikal

"Hishh! Kau ni desperate sangat nak suruh aku kahwin ka apa? Kalau aku dah tak mampu kawal, bolehlah aku ikut cadangan kau tu. Tapi, now aku mampu. InsyaAllah.. " Irfan tersenyum sambil memegang dadanya

"Kau kenapa senyum-senyum??" soal Haikal Hairan

"Eh! kau pernah dengar tak satu lagu ni?" Soal Irfan tetiba

"Haa apa?"

"Biar sendiri hingga hujung nyawa.. asal tak sepi dari kasihNya... kerna sesungguhnya hakikat cinta hanya Dia Yang Esa......."

"ooo..." Haikal blurr..

"Kau kena tahu.. wanita tu perhiasan dunia. Kita ni yang lelaki ni mata, hati, sentiasa diuji. Dengan senyuman dia, dengan kesopanan dia.. even dia dah tutup aurat pun.. Tapi, tipulah kalau kita yang lelaki ni tak pernah terpikat dengan akhlaknya. Lagi-lagi kita nak seorang ibu yang solehah untuk anak-anak kita nanti."

"Aku bukan nak tunjuk baik. Ya.. aku mengaku. Aku ada perasaan kat dia. Dan dah niat dah pun nak jadikan dia isteri aku kelak. Tapi, aku tak mampu sekarang. Apa aku perlu buat aku doa kat Allah. Kalau ada jodoh aku dengan dia.. insyaAllah.. Allah akan tunjukkan."

"Aku bukan apa.. Cuma aku taknak kehilangan cintaNya.. hanya kerana yang masih belum pasti untuk aku. Aku nak cinta aku ni diberi pada yang betul-betul layak untuk aku. Maksud aku, jodoh aku."

"Kau ingat aku tak rindu ke? Aku tak sayang ke? Tipulah kalau sikit pun aku tak teringat kat dia. Tapi, untuk menjadikan dia yang halal untuk aku. Aku kena usaha dari sekarang. Bukannya duk menabur ayat cinta kat dia lepastu blah..."

panjang lebar Irfan menjelaskannya.. Ha.. hamekk kau. Tadi duk main soal-soal sangat kan??

Haikal terlongo "Ark..."


TAMAT

[hak milik siszie]

[dicatat pada 6:34 pm//12 April 17]
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Mencintai dia kerana Dia [Confess]

 Apa yang mampu untukku lakukan hanyalah memendam perasaan yang terkadang timbul dan tenggelam. Masih tidak pasti lagi apakah maksud perasaa...