U.F DOUBLE A [full part]

PART 1
"Mekkkkkkkk!" Satu kampus bergema dengan suara Azra..

Aku yang melihat itu pantas membuntangkan mata aku pada sahabatku itu.

Malu seyhh! Azra ni bukan betul sangat.. sesuka hati dia jaa duk jerit-2. Ekekekek mengata sahabat sendiri

"Huii kau kenapa???" Soalku yang hairan melihatnya

Iyalah?? Siapa tak heran?? Nampak aku jaa terus jerit..

"Dhia!! Wa rindu sama lu beb!!" Katanya terus memelukku..

Aku hanya tersengih.

Aduhh! Pelajar lain dah pandang semacam jaa. Bluerghh!

Tapi? Apa aku kisah?? Wa pun rinduuuuuu sama lu Azra!! Tapi, Kata-2 tu Tanya terungkap di hati Sebab aku tak boleh sangat layan dia ni. Nanti makin menjadi-2 ekekekek


"Weyy! Kau dah sihat betul-2 ka??".soalnya apabila pelukannya telah dilepaskan.

Aku hanya tersenyum..

"ermm aku lapar.. jom pi kafe.. btw kau ada kelas ka??" Soalku menukar topik.

"Takda.. aku baru ja hah habis kelas.. lapar ka?? Jomlahh makan.. dah lama tak makan dengan kau. Ekekekek.." Azra tertawa..

Nama aku.. Nur Radhia bt Malik.. pelajar kos undang-2.. Azra?? Sahabat aku.. rapat Gila babeng.. memang payah nak pisahkan kami.. sebab kami memang rapat gila.. aku dah cakap tadi dah..


PART 2
Disebabkan aku 3 minggu tak datang kampus.. sebab demam pop pop.. alahai.. parut masih ada. Tu yang si Azra ni duk jerit bila nampak aku.. ekekek

Mesti dia bosan sebab takda teman berbual... aku ni. Walaupun bengong-2..tapi ketahuilah.. aku lah penghibur duka lara dia.. hahaha! ~ k masuk bakul angkat sendiri..

"Wey Dhia! Nota untuk kau aku dah salin dah... nanti kau buat.. sayanglah 3 minggu tak datang kelas.. kesian kau.. " kata Azra sambil menyedut minuman jus buah apple.

Aku yang sedang menyuapkan nasi dalam mulut terus terkedu.. alala terharunya..

"Yeke?? Alala weyy! Sayangnya kau kat aku.. hihi terima kasih.. "

"Siapa sayang kau?? By the way, malam ni.. senior sem 3 ada buat usrah kat surau.. join jom? " ajak Azra..

Aku yang mendengar pantas tersedak

"Uhuk!uhuk!"
"Pehal aku tersedak ni?? Haha!" Sambungku..

Azra menjelingku

"Kau ni.. jangan cakap malas. Kau ni memang tau! Liat sungguh!" Marah Azra

"Alolo! Iyalah-2.. aku pergi.. jam berapa beb??" Soalku..

Haihh! Aku ni benda baikk ja mesti liat.. syaiton sungguh!

Tapi, aku bersyukur.. sebab sahabatku ini sentiasa membimbingku..

"Lepas Maghrib.. nanti jemaah isyak kat sana sekali.. "



PART 3
"Ketika Rasulullah s.a.w dilempar dengan najis... dengan batu dan pelbagai lagi.. baginda s.a.w tetap tabah.. tidak pernah menyimpan dendam terhadap kaum musyrikin tersebut. Baginda berdakwah kerana Allah.. kerana ingin menyampaikan ajaran islam.. " teresak-2 tangisan kedengaran..

Aku melihat Azra.. haihh dia pun sama..

Aku? Hehehe

"Betapa tabahnya baginda. Ingatlah wahai sahabat perjuangan baginda terdahulu. Pengorbanan baginda terdahulu.. bersyukurlah kerana kita dilahirkan dalam islam.. bersyukurlah kerana ada yang masuk islam.." kata Kak Nabiha, senior sem 3. Malam ni giliran dia bagi usrah..

Aku tetiba rasa mengantuk pula...

"Tapi bila melihat zaman sekarang.. Allahu.. nak berselawat pun payah.. " tetiba mata aku terluas pula buka

"Nakk mengaji pun payah.. " okayy ni tiap malam Alhamdulillah aku mengaji.

"Nak bangun subuh pun payah.. lebih sayangkan selimut." Aku tersentap

"Pakaian menjolok mata. Kamu tahu kan bila datangnya islam.. waktu itulah martabat seorang wanita dinaikkan.. kamu tak sayangkan Rasulullah s.a.w ka? "

"Kamu tak sayang ibu bapa kamu ka?" Aku yang mendengar pula jadi sebak.. pakaian aku? Alhamdulillah masih,menutup aurat.

"Kamu kata kamu sayang Allah! Kamu kata kamu sayang Rasulullah s.a.w.. kamu kata kamu sayang ibu bapa kamu. Kamu kata kamu sayang sahabat kamu. Tapi mana bukti itu? Mana bukti kamu sayang? Kalau bangun subuh pun liat.. mengaji pun tidak.. pakaian pun tidak menutup aurat.. tidak menegur sahabat dan mengajak mereka ke arah kebaikan.. jadi mana sayang kamu itu? Adakah ianya kata-2 yang diluahkan lalu ditiup oleh udara CO^2?"

Zuppp!! Sentap aku.


PART 4
Haihh usrah malam ni memang menyentap kalbu betul!

"oii! Kau dah ambil belum nota aku bagi tu?" Soal Azra.

Macam biasa.. dia lepas usrah ja memang suka mandi. Katanya baru fresh nak study.

Okay okay baiklah.

"Dahh.. terima kasih. U.F double A. " kataku sambil membaringkan tubuhku di atas katil

"Alaaa cakaplah penuh-2. Aku yang dengar pun takda feel." Marah Azra. Ekekekek sengaja aku menyakatnya

"Okay-2.. uhibbuki Fillah Abadan Abada." Luahku

Memang.. memang aku sayang dia pun. Dia lah sahabat aku. suka duka sentiasa bersama. Tak sangka juga dah masuk U pun.. bilik pun bersama.. ekekekek.

" Yess! Aku pun. Hihi. "

"By the way. Tolong kunci jam.. esok lambat pula bangun subuh. " kata ku

"Hok alorhh! Gaya dah baik dahh.. tapi kalau aku kunci pun. Kau bukan sedar pun." Perli Azra

Aku hanya tersengih.. "alala kau tolonglah kejutkan.. apa guna sahabat ekekek"

"Okay! Aku simbah air esok." Jawab Azra sambio menjelingku.

Sebelum tidur aku dah niat supaya janganlah liat bangun oiii! Tadi baru jaa dengar usrah. Memang padan dengan nasib aku yang liat bangun subuh ni.. Alhamdulillah.. ada juga kesedaran.. huhu

PART 5
"Bila izrail...datang memanggil.." kedengaran bunyi itu sangat rapat denganku..

Aku tercungap-2.. Allah.. apakah ini realiti?

Pantas aku menegakkan badanku

"Hah!! Bangun pun.. oi! Tu! matahari nak tukar syif dahh sayang oii!" Jeritan Azra membuatkan aku tersedar..


"Weyy! Kita kat mana ni?? Ya Allah! Aku berdosa! Aku berdosa!"

"Hah! tahu pun berdosa. Dah bangun solat cepat!" Arah Azra

Aku bagaikan baru tersedar.. ini tersedar punya betul tersedar

Pantas aku menepuk paha Azra

"Wey! Kau ni buat aku terkejut lah! Ya Allah! Macam manalah kalau nyawa aku ditarik tadi. Haishh! Ya Allah! Aku belum sedia. Aduhh! Ya Allah.. " kalut aku. Ni semua si Azra punya pasal.. perlahan aku beristighfar..

Azra hanya tersengih

"Maaf lah.. aku dah kejut kau elok-2 tapi kau tak bangun.. aku dah tepuk-2 paha kau.. tampar-2 pipi kau.. sepak-2 kau.. hehe tu takdalah.. tapi kau tak bangun juga"

"Ouhh eh? Hehe.." aku tersengih..

"Btw mati tu bukan kira kita dah sedia ke belum..dah! Bangun cepat." Azra bangun menuju ke meja belajar

Okay! Sentap jap.

Dia ni.. takda kelas pun belajar. Tapi bagus betul..
Sedetik aku bersyukur kerana mempunyai sahabat sepertinya..



PART 6
"Kau kenapa?? Senyap ja.." soalku yang melihat Azra senyap ja seharian ni

"Hurm? Aku dah putus dengan Arman.."

Aku yang mendengar terkejut

"Hah? Hahahah Alhamdulillah weyy!" Pantas aku memeluknya

"U.F double A beb!" Luahku

"Sebut penuhlah.." marah Azra

" hehe.. okay-2.. uhibbuki Fillah Abadan Abada.." aku mencium pipinya

"Tapi..aku sedihlah.. susah juga untuk lepaskan dia tadi. Tapi, aku dengar nasihat kau.. couple tu haram." Luahnya

Aku yang mendengar hanya tersenyum

"Memanglah sedih.. aku dulu pun sedih juga. Tapi, kita kena yakin.. Allah dah tetapkan jodoh untuk kita.. jadi tak payah couple-2.. dan.. nak berkawan boleh.. tapi jangan lebih-2"

"U.F double A Dhia.." ucapnya

Keningku bertaut

"Aikk?? Sebut penuhlahh! Ishh!" Marahku

Azra tertawa

"Hah! baru kau tahu betapa tension nya bila dengar U.F double A ja..hamekk kau." kata Azra

Aku tertawa lucu

Ha'ah erkk? Macam tu rasanya.. ekekekek

===========================================================

Allah menghadirkan Azra dalam hidup aku untuk melengkapkan kami sebagai sahabat. Azra yang rajin solat.. pandai.. sopan.. tapi mempunyai kelemahan.. iaitu..sukar untuk lepaskan orang yang dia sayang.. dan aku? Akulah Dhia.. even aku ni liat bangun subuh.. namun kekuatanku adalah menaikkan semangat sahabatku dan menasihatinya tatkala dia sedang buntu - Dhia

TAMAT
[HAK MILIK SISZIE]

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Mencintai dia kerana Dia [Confess]

 Apa yang mampu untukku lakukan hanyalah memendam perasaan yang terkadang timbul dan tenggelam. Masih tidak pasti lagi apakah maksud perasaa...