"Cermin diri kau tu dulu sebelum nak tegur orang" - MANUSIA

"Kau ingat kau bagus? Tudung ja labuh. Tapi, kau pun sama ja!"

"Apa kau rasa kau tudung labuh, kau berhak lah nak tegur aku?"

"Pakaian kau tak melambangkan perangai kau lah!"

bla bla bla bla...... #EmojiGelakNangis

Pelbagai lemparan tuduhan dikenakan kat si pemakai labuhnis,purdahnis, kopiahnis dan sewakktu dengannya. Haa lah, betul lah tu pakaian tak melambangkan keimanan seseorang. Betuiiiiii kan??
Tapi, kita ada akal, kita sendiri boleh fikir mana baik dan mana buruk.

   Kadang bila kena tegur sikit, dah mula melenting. Lepastu, cari cacat cela yang ada pada si penegur. Kadang bila kena tegur sikit rasa tak puas hati. Rasa macam diaibkan.

  Kadang, aku sendiri sedih.. bila dengar ayat-ayat macam tu dikeluarkan oleh si muslimin dan muslimat....

   kau tahu tak, mereka yang purdahnis, labuhnis, kopiahnis tu semua bukan sempurna mana. Tapi, kau saja yang memandang tinggi pada mereka. Kerana mereka membawa imej pakaian sunnah. ya, #pakaianSunnah. Hingga kadang-kala kau lihat kekhilafan mahupun kedhaifan yang dilakukan oleh mereka membuatkan kau meluat. Kerana perangai mereka tidak seperti penampilan mereka yang sejuk mata memandang.

  Kau faham tak apa aku cuba nak sampaikan?? Tik tok tik tok

sama jugalah kalau yang tegur tu dari golongan bukan purdahnis, bla bla bla semua tu. Semua orang berhak menegur, Kau siapa nak nafikan duhai nafsu???? Kau siapa??

   "Kau tegur orang acah bagus, tapi buat juga"

kalau nampak dia buat juga kekhilafan tu, kau lah pula tegur dia. Tak perlu nak perli-perli.

kadang, teguran di khalayak ramai tu mampu menjadi dua keadaan. Pertama, kau rasa seperti dimalukan dan kau benci dan kau tak dapat terima teguran tersebut. Keduanya, kau rasa dimalukan lalu terdetik hati kau untuk berfikir kekhilafan yang kau buat tu. Sebab apa? Sebab kau dah dimalukan. Jadi, semestinya kau taknak benda tu berulang lagi bukan??

Terima kasih kepada si penegur

tiada siapa yang sempurna hatta pak imam pun, pak ustaz, pak pak pak kopak kopak kebum kebum... huhu ~~


Hak milik siszie
0196171882
#anonymoushuman

Mencintai dia kerana Dia [Confess]

 Apa yang mampu untukku lakukan hanyalah memendam perasaan yang terkadang timbul dan tenggelam. Masih tidak pasti lagi apakah maksud perasaa...