Mencintai dia kerana Dia [Confess]

 Apa yang mampu untukku lakukan hanyalah memendam perasaan yang terkadang timbul dan tenggelam. Masih tidak pasti lagi apakah maksud perasaan yang ada ini. Perkenalan yang singkat membawa erti yang sangat besar buat diriku dan dia. 

Andai saja mampu untukku luahkan....

Namun, cinta hakiki lebih mendahului..

ku tahan tahan perasaan ini buat dia yang bakal halal untukku. 

Dan aku pinta agar dia setia dengan diriku meski hati ini masih lagi tidak pasti apakah maksud sebenar perasaan yang tertanam jauh di lubuk hati ini. 

istikharahku dahulukan sebelum menerima kehadiran dirinya dalam kehidupanku. Namun, pilihan yang dibuat bukan bermakna dia benar-benar pasti adalah jodoh dan begitu juga sebaliknya. ~

Teringat akan kata-kata ustaz... "apa-apa yang terjadi selepas istikharah, itulah yang terbaik"

sungguh, aku meletakkan pengharapan ku hanya pada Dia yang Maha Satu walau hati ini juga merasakan hangatnya perasaan yang terkadang hadir terkadang pergi jua.. 

sungguh, aku keliru... ~

Namun, hanya yang satu aku pasti.. jika memang benarlah dia untukku... inginku mencintai dia kerana Dia. Tiada yang lain. Hanya Dia....~

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Mencintai dia kerana Dia [Confess]

 Apa yang mampu untukku lakukan hanyalah memendam perasaan yang terkadang timbul dan tenggelam. Masih tidak pasti lagi apakah maksud perasaa...