SEBUAH CINTA [background cerpen] Full part

SETAHUN YANG LALU.......

"Bukan aku berdusta.. menyembunyikan segala rasa.. malah, terlalu inginku nyatakan.. untuk kau tahu apa yang tersimpan.."

  "Amboihhh.. sedapnya suara?" Sergah Iffah.

aku menjelingnya. Hishh! kacau betul lah makcik sorang ni. Aku tengah feeling-2 kot haha~

  "Hmm.. saja nyanyi." Jawabku menyembunyikan perasaan

"Yeke? Mood macam happy ja? Apa cer??" soalnya ingin tahu

"Apa? Aku nyanyi ja. Kebetulan terdengar lagu ni ha.. sedap lirik dia. Syahdu ja dengar." 

  "Hmm? Lagu apa?" soal Iffah hairan

"Rahsia...." 

"Ciss! Apa-apa ja lah."

=======================================================================

"Insyirah..." 

   aku yang sedang leka minum air pantas berpaling ke arah suara yang menyeru namaku

"Hmm? Iyaa?" Soalku 

"Buat apa kat sini sorang-sorang? Mana kawan yang lain?" Soalnya ingin tahu

   "Ouh.. diorang pergi beli makanan jap. Haa duduklah." Ajakku.

Kebetulan rakanku yang lain ingin membeli makanan di depan gerai sana. Aku pun mengambil kesempatan untuk duduk di sebuah bangku yang kosong berhadapan dengan kampus tempat belajarku

   "Ouh.. takpalah. Saja lalu sini ternampak awak sorang-sorang." Jawab Ferhad sopan

"Ouh.. awak dari mana?" 

  "Takda mana. Okelah, saya cau dulu. Take care. Assalamualaikum." Pantas berlalu pergi. Salam nya aku jawab dalam hati. Hmm, peliknya dia tu. 

========================================================================

"Kenapa Had?" soal Nashril tiba-tiba

"Huh? Apa?" Terkejut aku. Tengah syok-syok termenung. Huhu..

  "Kenapa tak luahkan? Aku tahu kau terseksa." luah Nashril memahami akan perasaan sahabatnya itu. Perlahan dia menepuk perlahan bahu sang sahabat.

   Bukan dia tak tahu, si Ferhad dah lama memendam rasa terhadap gadis yang bernama Insyirah. Tengok dari gaya saja dah tahu. 

  Aku mengeluh

"InsyaAllah, setengah tahun ja lagi." Jawabku

   "kalau nak genapkan sampai setengah tahun ni maksudnya dah 4 tahun kau pendam. Tak sakit ke Had?" Nashril simpati dengan sahabatnya itu. 'Kalau terjadi kat aku ni, woo mustahil dapat pendam.' omel Nashril dalam hati.

   Aku tersenyum nipis. "Siapa kata tak sakit? Sangat menyeksakan.." 

"Dah tahu kalau seksa.. kenapa tak luahkan?" Soal Nashril tidak puas hati

  "Kau tak faham. Aku tak mampu nak luahkan sekarang." jawabku perlahan

"Dari segi mana yang kau tak mampu?" sinis saja pertanyaan Nashril

   "Maksud aku, aku masih banyak yang kena belajar lagi.. Masih banyak yang perlu aku fikirkan. Sebelum melamar dia."

"Haihh.. entahlah Had. Malas dah nak tanya. Apa pun, sebagai sahabat aku doakan moga kau bahagia dunia akhirat." 

  Aku hanya senyum tanpa membalas kata-katanya. Walhal dalam hati, aku berterima kasih kerana dia mendoakan kebahagiaan aku dan aku juga bersyukur padaNya.. walau perasaan yang hadir ini memberikan keseksaan, tapi aku yakin.. dengan panahan doa yang selalu aku pinta setiap hari.. Allah akan berikan yang terbaik. 

========================================================================

WAKTU SEKARANG

  "Abang!!" jeritku dari arah tangga bilik

"Abang! jap..." berlari-lari anak aku pergi ke arah suami tercinta

   "Haa.. kenapa sayang??" Jawab Ferhad yang baru saja ingin duduk di sofa berhadapan dengan tv di ruang tamu. Kalut sekejap sebab dengar jeritan isterinya.

  "Abang ada beli apa-apa tak??" soalku teruja

"La.. ingatkan apalah tadi. Siap lari-lari pula." Ferhad mengeluh

   "Hehe.. ada tak?" 

"hmm.. ada." Jawab Ferhad ringkas tanpa memandang isterinya. Dia membuka siaran tv. Dan menekan-nekan alat kawalan tv untuk mencari siaran yang diminatinya

  "Beli apa?" 

"Apam go back" 

   "Hah?"

"Iya.. apam go back."

   "Erk! Apo bondo eh tu?"

Pecah tawa Ferhad mendengar loghat Negeri sembilan isterinya. Haa, nasiblah kau faham yaaa Ferhad oii.

  "Hahaha! Apam balik lah.." 

"Ouh.. ingatkan apalah tadi." pending aku jadinya. 

  "Kenapa? Tak suka kah?" soal Ferhad memandangku

"Bukanlah. Cuma jadi blurr tetiba. Okelah, Syirah pi ambil jap."

  Ferhad memandang isterinya... menuju ke dapur

Ferhad tersenyum sendirian. Siapa sangka? Insyirah yang dia minati dulu menjadi isterinya. Rasa berbaloi menunggu. Haha~

========================================================================

  "Sayang..abang nak tanyalah." 

"Hm? Tanyalah." aku yang sedang membaca novel memandangnya

"Sayang kenapa tak lari dari hidup abang eh? Walaupun dulu sayang dah tahu perangai abang ni pelik. Suka benda-benda yang negatif. Nama jaa solat 5 waktu, melakukan perkara wajib. Tapi, alaa malas nak sebut." soal Ferhad tiba-tiba..

  "Huishh! Soalan dari negara mana ni?" 

"Jawablah.." 

   "Sebab terpaksa ja." 

tersentap Ferhad mendengarnya

  aku memandang Ferhad, berubah air mukanya

Aku tersenyum nipis

  "Ayat Syirah belum habis lagi..." aku tersengih

"Hishhhh..." Ferhad mencuit hidungku

   "Hmm.. buat apa syirah nak lari? Walau baik buruk abang sekalipun Syirah dah tahu, Syirah tetap sayangkan abang. Kalau abang ada kekurangan, biarlah syirah yang jadi pelengkapnya. Takkan syirah nak lari dan cari yang lebih baik? Sedangkan di depan mata syirah ni lah yang terbaik di antara yang lebih baik. Takda siapa sempurna bang dan takda sebab syirah nak lari."

   "Woww.. isteri solehah.." 

"Haha yeke? dan.. kalau nak tahu, syirah dah lama minat abang tau." 

Terbuntang mata Ferhad

   "hah?? Bila?"

"Hm.. abangkan selalu tegur-tegur Syirah dulu. Terasa macam.. entahlah. Taktahu lah kenapa tetiba terjatuh hati pula."

    "Hmm.. jadi tadi sayang kata sebab terpaksa.. apa yang terpaksa?" Soalnya lagi.

"Hehe.. tu saja ja. Nak buat entry nya gempak gitu." 

    "Sayang!!" 

"Woww! macam perempuan ja jerit-jerit ni. Hahaha!" pecah tawaku

   "Haha.. takdalah. Terkejut tau tadi huhu..."

"Hehe.. sorry. Saja ja nak tengok reaksi abang." serba salah pula tiba-tiba. 

     aku melihatnya termenung.. berkhayal ke apa suami aku ni? 

"Haihh.. khayal lagi kah?" soalku mengeluh

   "Ha'ah.. sebab sayang lah abang khayal." jawabnya nakal

"Amboihh.. gatal pula malam-malam ni." aku menjelingnya

   "Kisah apa? Halal bhai." 

"Hm..harap abang juga dapat terima kekurangan dan kelebihan yang ada pada diri insyirah. Syirah harap sangat.. hubungan ni kekal hingga Jannah. Susah tau.. macam-macam dugaan kita lalui untuk sampai ke tahap macam ni. Abang terseksa, syirah pun terseksa juga dulu. Sama-sama merasai keperitan memendam rasa demi mengejar cinta Ilahi." 

   Dia hanya tersenyum dan perlahan menarikku dalam dakapannya.

dalam hati kami, bersyukur pada Allah kerana menghadirkan rasa ini. Moga dugaan yang bakal datang, akan kami tempuhi bersama kerana kami tahu, ada Dia yang sedang memerhati. 

Tamat

[HAK MILIK SISZIE]

Dicatat pada 6:18//16 April 2017



CARA NAK BUAT CERPEN

  Assalamualaikum.. oke entry kali ni nak cakap pasal cara buat cerpen. Sebab ada seseorang request supaya aku share cara nak create cerpen ni ha.. Haha.. even aku ni tak pro mana pun. But, InsyaAllah sedikit sebanyak maybe aku boleh bantu korang yang teringin nak menulis ni kan??

  Oke, before tu aku nak share. Aku start menulis since aku Form 2. Hmm.. jenis aku.. bila aku nak buat sesuatu cerita tu, aku akan cari seorang hero di dalam kehidupan realiti aku. Kahkahkah!! Haaa punya tinggi imaginasi kau tuuu jahh oiiii. Oke, aku dapat jumpa hero cerpen aku tu waktu aku akhir form 3. Haha.. lama tak?? Kehkehkeh. Mr. F

   Kalau macam aku.. aku hanya akan gunakan satu hero saja untuk buat banyak cerpen. Tapi, perwatakan mereka lain-lain pada setiap cerpen. Maksudnya, aku try elobarate watak hero tu untuk menjadi beribu watak. Aku bukan buat sebiji-sebiji okee. Haha agak-agaklahh. Otak aku bukannya macam robot. So, aku ni jenis yang setia pada seorang hero. Kahkahkahhh!! HashtagTetiba

   Oke next.. bila aku dah jumpa watak hero.. aku akan try imagine kan cerita apa aku nak buat. Aku try imagine kan jalan cerita dulu. Kemudian, baru aku letak tajuk. Tapi, kalau korang nak tahu, aku ni fail bab-bab nak letak tajuk ni. Sebab tu sekarang aku buat cerpen berasaskan lagu. So, tajuk cerpen aku adalah tajuk lagu tersebut. Hhahaaha~~

   Next.. bila aku dah try imagine jalan cerita.. aku akan try menulis. Bila aku tak dapat idea.. aku akan cuba untuk keluar rumah. Bak kata orang pi cari ilham. Tapi, 'keluar rumah' dalam definisi hidup aku adalah duduk kat beranda luar tu ja haa. Haha ~~ atau aku akan habiskan masa dengan baca novel. Ni bukan plagiat jalan cerita orang oke. Ni namanya cari ilham dalam novel yang kita baca. So, bila dah dapat ilham.. dapatlah buat. Bila dah buat. Haha.. confirm takkan 100% sama pun dengan novel yang kau baca tu. Kan aku dah kata tadi, CARI ILHAM haaa haha ~~

  Oke next.. Hmm.. kena ada semangat juga. Macam aku ni, kadang takda semangat nak tulis. Percayalah idea takkan datang weyhh! Ni aku tak tipu haa hahah~~ and bila kau push diri kau untuk tulis sekalipun dengan diri yang takda semangat tu, trust aku ahhh confirm kau takkan puas hati dengan jalan cerita yang kau create huuhuu~~

   Hmm then apa lagi haa??

Haa.. pasal aku buat cerita dari lagu ke cerpen tu.. aku first of all aku fahamkan maksud lagu tu dulu. Kemudian aku akan buat jalan cerita yang ada pengisian berdasarkan lirik lagu tu. Tapi, apa pun.. jangan lupa baca doa dulu. Haha ~ hashtagNantiTakJadiCeritaKau ~ hmm

   Err.. ada lagi ka yang aku tertinggal? haha.. Nanti kalau ada soalan, kemukakan oke. Boleh contact aku. Kat mana? Haa kau scroll atas sekali ada tempat untuk contact aku. Kalau aku boleh jawab, insyaAllah aku jawab.

  Btw sorry kalau cara aku ni tak membantu korang. Haha aku shared berdasarkan pengalaman aku je. Hmm ~~

 

HAKIKAT BAHAGIA [background cerpen] Full part

"Awathif..kau pernah dengar tak pasal sorang makcik kat depan masjid sana tu?" Soal Lisa, rakan sebilikku

"Hmm?? Kenapa? Makcik tu bela hantu ke?" Soalku tanpa memandang Lisa

"Ishh! Kau ni.. Karut semua tu."

Aku tersengih.. "Hmm?Dahtu? Gaya kau cerita macam makcik tu ada bela ja. Haha.." Aku sambung membaca novel kesukaanku

"Tak.. aku hairan. Makcik tu setiap hari datang kat masjid tu untuk buka gerai depan tu. Tapi, dia bukan menjual pun.. " Lisa menyilang kedua tangannya dengan gaya berfikir

"Ehh! Yeke? Dah tu? Tak jual, makcik tu buat apa kat situ??" Soalku bertambah hairan. Huishh! Ada ke macam tu pula? Dah buka gerai, mesti lahh kena jual kan? kan? kan??

"Makcik tu.. kalau siapa datang kedai dia.. dia bagi jaa makanan-2 tu semua." Jelas Lisa

"Ehh??? Kau ni biar betul? Dahtu? macam mana makcik tu teruskan kehidupan seharian kalau takda duit poket??"

"Hmm.. ne lah aku tahu. Kita pi nak esok??" ajak Lisa

hmm... biar betul? Macam pelik ja?? Kan...

"Jam berapa??" aku berminat

"Makcik tu buka gerai dia sekitar jam 3 petang sampai 5."

"Kalau macam tu, kita pi lepas asarlah. Aku lepas balik dari sekolah aku nak bum bum jap. Hehe..."

"Hee... apa punya cikgulah kau ni" Gedebukkk! Lisa membaling bantal tepat ke muka ku.

"Adoii.. sakitlah. Alaa tak lama.. dalam 20 minit macam tu ja aku tidur"

Lisa hanya menjelingku. Haha!! Tak percayalah tu. Aku ni, kalau dapat bum bum.. itik bertelur pecah sibiji pop! Pun tak sedar. Huhu... kena kunci jam..

========================================================================

"Assalamualaikum makcik.. menu apa harini?" sapa Lisa. Wah wah wah! kemain mesra nyaa si Lisa ni. Macam dah lama kenal pula.

"Waalaikumussalam. Hari ni.. ada menu nasi ayam dik." Makcik itu menjawab seraya itu tersenyum memandang kami. Manis sekali senyumannya.

"Kami nak 2 bungkus boleh makcik??" Soalku

"Ehh boleh sajaaa sayang. Kejap ya."

Kami memerhatikan gelagat makcik tersebut. Hmm.. nampak memang macam orang baik-baik. Pakaian pun sopan, pembersih. senyuman pun manis.

"Nah..." Makcik itu menghulurkan bungkusan tersebut

"Berapa ringgit makcik?" Soalku pura-pura

"Ambil saja sayang.. makcik memang bagi tanpa minta bayaran." Makcik itu tersenyum

"Ehh? Betul ke ni?? " soal kami dengan muka pura-pura terkejut. Fuhh! Ni boleh masuk tv ni. hahaah!!

"Iyaa sayang." Masih tersenyum

"Err..."

"Err... makcik, boleh kami tanya??" Lisa membuka bicara

kami bertiga duduk di tepi van yang tidak jauh dari situ ada sebuah bangku. Kebetulan pula waktu kami tiba, kami adalah orang yang terakhir

"Iyaa? Nak tanya apa tu??" masih lagi tersenyum. Ya Allah, tak penat ke pipi tu asyik senyum jaaaa huwaa... aku pula yang emo

"Err.. kenapa makcik buka gerai kat sini? sedangkan makcik tak ambil 1 sen pun duit. Maaf kalau soalan kami menyinggung perasaan makcik." serba salah aku menyoal

  "Nak kata makcik ni perbadanan kebajikan.. kami tak nampak apa-apa tag pula." Lisa pula menyoal

"Haha.. yeke? Hmm.. kamu berdua ni nama nya apa?" Aiyyoo makcik ni boleh ketawa pula. ai serius tau. Huhu..

"Saya Nur Awathif bt Salleh."

"Saya Siti Malisa bt Jaafar.."

 "Hmm.. sedap nama kamu berdua ya."

kami berdua tersengih.


"Oke.. apa yang makcik boleh cakapkan.. Makcik suka buat macam ni.. bukan bermakna makcik nak bangga diri. Tapi, makcik suka tolong orang. dalam fikiran kalian mesti tertanya-tanya.. kenapa tak pergi ke rumah anak yatim ke.. warga tua ke... atau kat mana-mana lorong jalanan yang lebih ramai lagi orang susah. Makcik taknak. Bukan maksud makcik.. makcik taknak bantu mereka. Tapi, sebenarnya.. mereka pun makcik bantu."

Mulut kami terlongo

"haha.. tutup mulut tu. Lalat bagi salam.."

"Tapi, kenapa makcik susah-susah ja buat macam ni? Dengan panas terik lagi. Penat lelah.. Tapi, apa pun tak dapat" Soal Lisa

"Makcik ni nampak datang dari keluarga yang senang ya?" aku memberanikan menyoal

"Makcik dapatlah apa yang makcik nak. makcik dapat kebahagiaan makcik. Tolong orang, penat lelah... makcik dapat rasa apa yang orang lain juga rasa. Ya.. makcik orang kaya. Tu... depan tu rumah makcik. Dekat ja kan? Makcik taknak pergi jauh-jauh bukan apa.. sengaja pergi dekat. Jimat masa. Sebab kat tempat lain, dah ada perbadanan kebajikan yang memberi sedekah. Makcik dah check tau." terangnya. Peramah nya makcik ni

"Saya tak fahamlah makcik. Kenapa makcik perlu buat semua ni? Penat huhu...dahlah panas." Amboiihh si Lisa ni.. jujurnya. cover lah sikit. Ngeh.. ~

"Haiipp tak baik cakap macam tu. Kamu kena tahu.. kebahagiaan tu adalah satu kesyukuran. Bila kita kaya, kita jadi insan yang pemurah. Bila kita berkuasa.. kita amanah. Bila kita berjaya.. kita tak alpa dengan Allah. Dan..bahagia tu bila kita susah, kita tak gelisah. Bila kita miskin. kita bersyukur juga.. bila kita sakit.. kita tak resah pun. Sebab apa? sebab kita bahagia. Bahagia sebab apa? Sebab kita sentiasa ingat Allah."

kami berdua terdiam kelu. Kenapa tetiba rasa macam mendalam sangat? Haha..

"Kita akan resah bila kita tak ingat Allah.. kita kan.. bila sakit, kita tak bersyukur.. dan resah ja. Sedangkan sakit itu pun salah satu menghapus dosa-2 kecil. Ye tak?? Ha.. tu sebab kita tak pernah nak bersyukur dengan apa nikmat yang Allah beri. Apa nikmat? Kesihatan, udara tu haa.. kaki untuk berjalan.. tangan untuk makan. Banyak lagi sebenarnya sayang kalau nak jelaskan. Betul tak??"

kami berdua hanya mengangguk

wahai manusia bila kali terakhir kau solat? Bila kali terakhir kau bersyukur??

Erk!

"Sebab tu bila kita berdoa.. kita akan mulakan 'Alhamdulillah hirobbil a'lamin.' kalau sebelum ni, berdoa kita mulakan dengan 'Ya Allah.. ampunkanlah dosa ku' jom kita tukar kan kepada dengan bersyukur dahulu. Bersyukur dengan segala-galanya. Tak salah pun nak doa macam mana. Tapi, dengan cara ni.. menjadikan kita lebih ingat tentang bersyukur. Allah pernah berfirman ketahuilah dengan mengingati Allah, jiwa akan menjadi tenang. Hakikatnya bahagia itu adalah suatu ketenangan. Bila hati mengingati Tuhan."

Kami mengangguk..

"ehh.. Maaflah, banyak pula makcik cakap."

"Ha.. takpa-takpa makcik. Alhamdulillah dapat juga kami ilmu baru harini. " aku tersenyum malu. Malu kerana kadang-kadang aku juga alpa untuk bersyukur dengan nikmat yang Allah berikan.

"Makcik, terima kasih." aku dan Lisa mengucapkannya. Allahu.. sangat bermanfaat kata-kata makcik ni. Merendah diri orangnya.

TAMAT

[hak milik siszie]

[Dicatat pada 6:15PM//14 April 2017]

ATAS NAMA CINTA [background cerpen]-Full

"Sumayyah..." Perlahan nama ku diseru
 "Iyaa?" aku berpaling dan tersenyum ke arahnya..

MasyaAllah! Indahnya senyuman dia.

Astaghrifullah al a'zim.. perlahan Irfan beristighfar dalam hati. Dia ajnabi woiiii! Hati kecilnya menjerit. Bagaikan tersedar dari terlena dibuai lembut belaian cinta. Bukannya dia baru kenal dengan Sumayyah.. Siapa tak kenal? Dia gadis biasa.. tidaklah secantik miss universe. Tapi, sekali tengok dia... terpalit rasa cinta di hati weyhh! Akhlak dia menjadi tarikan.

"Err.. saya nak pinjam nota awak boleh?" pinta Irfan gugup.
"Ouh.. InsyaAllah boleh. Nah..." Sumayyah menghulurkan nota tersebut. kebetulan dia memegang nota itu.

Pantas diambil Irfan

"Terima kasih.." Ucap Irfan berlalu pergi.

sumayyah hanya tersenyum.

========================================================================

Hati Irfan masih berdebar.. fuhh! rushingnya jantung ni. Allahu.. Berdosa kah aku memendam rasa ini? Umur pun dah dalam kategori kau-boleh-kahwin-ehh-sila-sila Caitt! Jiwang jap. Hahaha!!

  Jenis Irfan, dia lebih rela memendamkan perasaan dia. Asalkan dia tidak terlena dibuai cinta yang belum pasti. Dia hanya khuatir keindahan itu merampas rasa cinta dia pada Ilahi.. memang benar, bukan mudah bernafas dalam jiwa hamba. Tapi, bagi Irfan.. selagi boleh...dia tetap akan cuba. Dia takut kemurkaanNya menjadikan dia lebih leka. Takut tanpa dia sedar, Dia di atas sana murka padanya. Ada lagi ke lelaki macam tu kat dunia ni? KAHKAHKAH!! hashtagTetiba...

=======================================================================

"Weyhh Fan.. Kau apesal tak luahkan ja kat si Sumayyah tu haa??" Soal Haikal, rakan sekuliahnya

   Irfan hanya mendiamkan diri..

"Weyhh Kuali!"

Irfan menyeringai... "Haishh! Apa? Aku tengah baca nota ni kan??"

"Jawablah soalan aku tu.." Gesa Haikal

"Hmm.. Nak aku jawab ka??" Irfan tersengih

Haikal membuat muka sememeh

"Hehe.. hmm.. macam mana nak jawab eh??"

"Hishh! Jawab ja lah apa yang ada dalam hati dan otak kau tu..."

"Aku.. memang suka kat Sumayyah tu. Tapi, aku pun tak pasti dia jodoh aku atau tak. Bagi lah aku habiskan study aku ni dulu. Nanti, kalau ada jodoh.. aku masuk ja lah minang terus." Irfan sambung pembacaannya

"Tapi kan, kot ye pun, kau buat lah apa-apa dulu dengan dia... like.. luahkan dulu ka.. apa ka...biar dia tahu, kau ni dah tangkap cintun dengan dia." cadang Haikal

"Perlu ke?" Soal Irfan tanpa memandang rakannya

"Perlu weyhhh! nanti dia kena kebas dek orang. Aku gelakkan kau ja sebab lambat bertindak."

"Entahlah Haikal. Nak kata aku ni lelaki yang pengecut tak juga. Aku boleh ja pi masuk minang dia terus. Tapi, kau pun tahu.. aku ni kerja pun tak. Nanti nak bagi dia makan apa? Heh.."

"Bukan aku suruh kau minang dia.. maksud aku.. ala.. susahlah kau ni. Maksud aku, kau luahkan ja kat dia dulu biar dia tahu kau sayang dia." Haikal dah tahap bengang

"Hishh! Aku fahamlah maksud kau. Aku taknak lah.. selagi belum halal."

"Kalau macam tu, nikah gantung. Hehe.." Cadang Haikal

"Hishh! Kau ni desperate sangat nak suruh aku kahwin ka apa? Kalau aku dah tak mampu kawal, bolehlah aku ikut cadangan kau tu. Tapi, now aku mampu. InsyaAllah.. " Irfan tersenyum sambil memegang dadanya

"Kau kenapa senyum-senyum??" soal Haikal Hairan

"Eh! kau pernah dengar tak satu lagu ni?" Soal Irfan tetiba

"Haa apa?"

"Biar sendiri hingga hujung nyawa.. asal tak sepi dari kasihNya... kerna sesungguhnya hakikat cinta hanya Dia Yang Esa......."

"ooo..." Haikal blurr..

"Kau kena tahu.. wanita tu perhiasan dunia. Kita ni yang lelaki ni mata, hati, sentiasa diuji. Dengan senyuman dia, dengan kesopanan dia.. even dia dah tutup aurat pun.. Tapi, tipulah kalau kita yang lelaki ni tak pernah terpikat dengan akhlaknya. Lagi-lagi kita nak seorang ibu yang solehah untuk anak-anak kita nanti."

"Aku bukan nak tunjuk baik. Ya.. aku mengaku. Aku ada perasaan kat dia. Dan dah niat dah pun nak jadikan dia isteri aku kelak. Tapi, aku tak mampu sekarang. Apa aku perlu buat aku doa kat Allah. Kalau ada jodoh aku dengan dia.. insyaAllah.. Allah akan tunjukkan."

"Aku bukan apa.. Cuma aku taknak kehilangan cintaNya.. hanya kerana yang masih belum pasti untuk aku. Aku nak cinta aku ni diberi pada yang betul-betul layak untuk aku. Maksud aku, jodoh aku."

"Kau ingat aku tak rindu ke? Aku tak sayang ke? Tipulah kalau sikit pun aku tak teringat kat dia. Tapi, untuk menjadikan dia yang halal untuk aku. Aku kena usaha dari sekarang. Bukannya duk menabur ayat cinta kat dia lepastu blah..."

panjang lebar Irfan menjelaskannya.. Ha.. hamekk kau. Tadi duk main soal-soal sangat kan??

Haikal terlongo "Ark..."


TAMAT

[hak milik siszie]

[dicatat pada 6:34 pm//12 April 17]
 

U.F DOUBLE A [full part]

PART 1
"Mekkkkkkkk!" Satu kampus bergema dengan suara Azra..

Aku yang melihat itu pantas membuntangkan mata aku pada sahabatku itu.

Malu seyhh! Azra ni bukan betul sangat.. sesuka hati dia jaa duk jerit-2. Ekekekek mengata sahabat sendiri

"Huii kau kenapa???" Soalku yang hairan melihatnya

Iyalah?? Siapa tak heran?? Nampak aku jaa terus jerit..

"Dhia!! Wa rindu sama lu beb!!" Katanya terus memelukku..

Aku hanya tersengih.

Aduhh! Pelajar lain dah pandang semacam jaa. Bluerghh!

Tapi? Apa aku kisah?? Wa pun rinduuuuuu sama lu Azra!! Tapi, Kata-2 tu Tanya terungkap di hati Sebab aku tak boleh sangat layan dia ni. Nanti makin menjadi-2 ekekekek


"Weyy! Kau dah sihat betul-2 ka??".soalnya apabila pelukannya telah dilepaskan.

Aku hanya tersenyum..

"ermm aku lapar.. jom pi kafe.. btw kau ada kelas ka??" Soalku menukar topik.

"Takda.. aku baru ja hah habis kelas.. lapar ka?? Jomlahh makan.. dah lama tak makan dengan kau. Ekekekek.." Azra tertawa..

Nama aku.. Nur Radhia bt Malik.. pelajar kos undang-2.. Azra?? Sahabat aku.. rapat Gila babeng.. memang payah nak pisahkan kami.. sebab kami memang rapat gila.. aku dah cakap tadi dah..


PART 2
Disebabkan aku 3 minggu tak datang kampus.. sebab demam pop pop.. alahai.. parut masih ada. Tu yang si Azra ni duk jerit bila nampak aku.. ekekek

Mesti dia bosan sebab takda teman berbual... aku ni. Walaupun bengong-2..tapi ketahuilah.. aku lah penghibur duka lara dia.. hahaha! ~ k masuk bakul angkat sendiri..

"Wey Dhia! Nota untuk kau aku dah salin dah... nanti kau buat.. sayanglah 3 minggu tak datang kelas.. kesian kau.. " kata Azra sambil menyedut minuman jus buah apple.

Aku yang sedang menyuapkan nasi dalam mulut terus terkedu.. alala terharunya..

"Yeke?? Alala weyy! Sayangnya kau kat aku.. hihi terima kasih.. "

"Siapa sayang kau?? By the way, malam ni.. senior sem 3 ada buat usrah kat surau.. join jom? " ajak Azra..

Aku yang mendengar pantas tersedak

"Uhuk!uhuk!"
"Pehal aku tersedak ni?? Haha!" Sambungku..

Azra menjelingku

"Kau ni.. jangan cakap malas. Kau ni memang tau! Liat sungguh!" Marah Azra

"Alolo! Iyalah-2.. aku pergi.. jam berapa beb??" Soalku..

Haihh! Aku ni benda baikk ja mesti liat.. syaiton sungguh!

Tapi, aku bersyukur.. sebab sahabatku ini sentiasa membimbingku..

"Lepas Maghrib.. nanti jemaah isyak kat sana sekali.. "



PART 3
"Ketika Rasulullah s.a.w dilempar dengan najis... dengan batu dan pelbagai lagi.. baginda s.a.w tetap tabah.. tidak pernah menyimpan dendam terhadap kaum musyrikin tersebut. Baginda berdakwah kerana Allah.. kerana ingin menyampaikan ajaran islam.. " teresak-2 tangisan kedengaran..

Aku melihat Azra.. haihh dia pun sama..

Aku? Hehehe

"Betapa tabahnya baginda. Ingatlah wahai sahabat perjuangan baginda terdahulu. Pengorbanan baginda terdahulu.. bersyukurlah kerana kita dilahirkan dalam islam.. bersyukurlah kerana ada yang masuk islam.." kata Kak Nabiha, senior sem 3. Malam ni giliran dia bagi usrah..

Aku tetiba rasa mengantuk pula...

"Tapi bila melihat zaman sekarang.. Allahu.. nak berselawat pun payah.. " tetiba mata aku terluas pula buka

"Nakk mengaji pun payah.. " okayy ni tiap malam Alhamdulillah aku mengaji.

"Nak bangun subuh pun payah.. lebih sayangkan selimut." Aku tersentap

"Pakaian menjolok mata. Kamu tahu kan bila datangnya islam.. waktu itulah martabat seorang wanita dinaikkan.. kamu tak sayangkan Rasulullah s.a.w ka? "

"Kamu tak sayang ibu bapa kamu ka?" Aku yang mendengar pula jadi sebak.. pakaian aku? Alhamdulillah masih,menutup aurat.

"Kamu kata kamu sayang Allah! Kamu kata kamu sayang Rasulullah s.a.w.. kamu kata kamu sayang ibu bapa kamu. Kamu kata kamu sayang sahabat kamu. Tapi mana bukti itu? Mana bukti kamu sayang? Kalau bangun subuh pun liat.. mengaji pun tidak.. pakaian pun tidak menutup aurat.. tidak menegur sahabat dan mengajak mereka ke arah kebaikan.. jadi mana sayang kamu itu? Adakah ianya kata-2 yang diluahkan lalu ditiup oleh udara CO^2?"

Zuppp!! Sentap aku.


PART 4
Haihh usrah malam ni memang menyentap kalbu betul!

"oii! Kau dah ambil belum nota aku bagi tu?" Soal Azra.

Macam biasa.. dia lepas usrah ja memang suka mandi. Katanya baru fresh nak study.

Okay okay baiklah.

"Dahh.. terima kasih. U.F double A. " kataku sambil membaringkan tubuhku di atas katil

"Alaaa cakaplah penuh-2. Aku yang dengar pun takda feel." Marah Azra. Ekekekek sengaja aku menyakatnya

"Okay-2.. uhibbuki Fillah Abadan Abada." Luahku

Memang.. memang aku sayang dia pun. Dia lah sahabat aku. suka duka sentiasa bersama. Tak sangka juga dah masuk U pun.. bilik pun bersama.. ekekekek.

" Yess! Aku pun. Hihi. "

"By the way. Tolong kunci jam.. esok lambat pula bangun subuh. " kata ku

"Hok alorhh! Gaya dah baik dahh.. tapi kalau aku kunci pun. Kau bukan sedar pun." Perli Azra

Aku hanya tersengih.. "alala kau tolonglah kejutkan.. apa guna sahabat ekekek"

"Okay! Aku simbah air esok." Jawab Azra sambio menjelingku.

Sebelum tidur aku dah niat supaya janganlah liat bangun oiii! Tadi baru jaa dengar usrah. Memang padan dengan nasib aku yang liat bangun subuh ni.. Alhamdulillah.. ada juga kesedaran.. huhu

PART 5
"Bila izrail...datang memanggil.." kedengaran bunyi itu sangat rapat denganku..

Aku tercungap-2.. Allah.. apakah ini realiti?

Pantas aku menegakkan badanku

"Hah!! Bangun pun.. oi! Tu! matahari nak tukar syif dahh sayang oii!" Jeritan Azra membuatkan aku tersedar..


"Weyy! Kita kat mana ni?? Ya Allah! Aku berdosa! Aku berdosa!"

"Hah! tahu pun berdosa. Dah bangun solat cepat!" Arah Azra

Aku bagaikan baru tersedar.. ini tersedar punya betul tersedar

Pantas aku menepuk paha Azra

"Wey! Kau ni buat aku terkejut lah! Ya Allah! Macam manalah kalau nyawa aku ditarik tadi. Haishh! Ya Allah! Aku belum sedia. Aduhh! Ya Allah.. " kalut aku. Ni semua si Azra punya pasal.. perlahan aku beristighfar..

Azra hanya tersengih

"Maaf lah.. aku dah kejut kau elok-2 tapi kau tak bangun.. aku dah tepuk-2 paha kau.. tampar-2 pipi kau.. sepak-2 kau.. hehe tu takdalah.. tapi kau tak bangun juga"

"Ouhh eh? Hehe.." aku tersengih..

"Btw mati tu bukan kira kita dah sedia ke belum..dah! Bangun cepat." Azra bangun menuju ke meja belajar

Okay! Sentap jap.

Dia ni.. takda kelas pun belajar. Tapi bagus betul..
Sedetik aku bersyukur kerana mempunyai sahabat sepertinya..



PART 6
"Kau kenapa?? Senyap ja.." soalku yang melihat Azra senyap ja seharian ni

"Hurm? Aku dah putus dengan Arman.."

Aku yang mendengar terkejut

"Hah? Hahahah Alhamdulillah weyy!" Pantas aku memeluknya

"U.F double A beb!" Luahku

"Sebut penuhlah.." marah Azra

" hehe.. okay-2.. uhibbuki Fillah Abadan Abada.." aku mencium pipinya

"Tapi..aku sedihlah.. susah juga untuk lepaskan dia tadi. Tapi, aku dengar nasihat kau.. couple tu haram." Luahnya

Aku yang mendengar hanya tersenyum

"Memanglah sedih.. aku dulu pun sedih juga. Tapi, kita kena yakin.. Allah dah tetapkan jodoh untuk kita.. jadi tak payah couple-2.. dan.. nak berkawan boleh.. tapi jangan lebih-2"

"U.F double A Dhia.." ucapnya

Keningku bertaut

"Aikk?? Sebut penuhlahh! Ishh!" Marahku

Azra tertawa

"Hah! baru kau tahu betapa tension nya bila dengar U.F double A ja..hamekk kau." kata Azra

Aku tertawa lucu

Ha'ah erkk? Macam tu rasanya.. ekekekek

===========================================================

Allah menghadirkan Azra dalam hidup aku untuk melengkapkan kami sebagai sahabat. Azra yang rajin solat.. pandai.. sopan.. tapi mempunyai kelemahan.. iaitu..sukar untuk lepaskan orang yang dia sayang.. dan aku? Akulah Dhia.. even aku ni liat bangun subuh.. namun kekuatanku adalah menaikkan semangat sahabatku dan menasihatinya tatkala dia sedang buntu - Dhia

TAMAT
[HAK MILIK SISZIE]

LIRIK AL-IKHWAN ANNUR

ini dia lirik lagunya sekali..... Tajuk: An-Nur Artis: Al-Ikhwan (SMA Darul Falah, Melaka) lirik: اسعد بهذا النور بطول بدر النور بروح سلام النور أنوار ربنا يا خالق الانسان أفضال على الأسعاد يا ربي ربنا أفصل حجتنا يا ألله يا ربي يا رسول يا نبي ألله يهدنا ألله سعينا لاءاله ءالا الله يا ألله يا محمد يا ألله يا مجاد محمد رسول ألله حجتنا بالنور ألله يا نبي يا ألله يا رسول الله

SAHABAT, PIMPINLAH AKU [full part]

PART 1

"Syifa.." seru Ainul..

Syifa mendongak memandang Ainul yang sedang tersenyum.

"Kenapa??" Soal Syifa yang sedang membaca sebuah buku bertajuk JANGAN BERSEDIH, JADILAH WANITA YANG PALING BAHAGIA

"Aku tengok.. kau ni.. dah banyak berubah.. Pehal eh?" Hairan temannya itu dengan perubahan sahabatnya itu.

Syifa hanya tersenyum..

Syifa yang dahulu nya seorang yang sosial.. Tudung pun singkat.. atas dada. Seluar ketat. Baju lengan pendek dan bla bla bla.. semuanya lah. But now?? Jeng jeng jeng jeng..

"Ishh! kau ni, asyik senyum ja. Dulu kau tak macam ni tau. " Baran Ainul melihat sahabatnya itu.

Syifa mengangkat keningnya ala-2 Ziana Zain..

"Kau ni, sekarang tak best lah! Dah tak macam dulu. Nak ajak keluar pun payah. Tu! Irfan pun kau tinggalkan. Haishh!" Sambung Ainul lagi..

Syifa hanya mendiamkan diri.

"Kalau dulu, pakaian kau Tak macam ni. Tak labuh-2 macam ni.. "

Tersentap Syifa mendengarnya..

"Ainul, maksud kau apa? " soal Syifa meminta kepastian.

"Takdalah.. aku rimas tengok kau pakai macam ni. Lepastu, bila borak dengan kitorang pun, kadang-2 pasal dakwah.. dakwah.. dakwah.. huhu sorry lahh.. kalau aku jujur sangat. " luah Ainul..

Ya Allah! Peritnya.. sahabat yang selalu bersamanya.. tak senang melihat dia berhijrah.. Arghh! Sakit ya Allah..


PART 2
Hujan yang turun.. bagaikan mutiara.. aku termenung.. mengenangkan diriku yang dahulu..

Dahulu, akulah orang yang paling famous sekali. Tapi, semua tu, takda faedah. Dahulu, aku sosial.. aku aktif di laman sosial..

aku chat ajnabi sana sini.. bersuka ria.. bermesra-2.. Tapi, aku tak pernah couple. Namun, ada seorang sahaja lelaki yang hingga kini masih mencariku, Irfan..

orang fikir dialah kekasihku. Huh! Mungkin silap aku juga. Kerana diri dulu mudah sahaja melayan.

"Oi! Termenung pehal? Jom keluar.. " Ajak Nia.

Tersentak aku.. lamunanku terhenti di situ.

"Hurm.. takpalah. aku nak duduk rumah ja. Lagipun, esok kelas aku awal pagi. " Jawabku..

"Hokk alorhh! Bajet alim lah tu.. tak keluar rumah konon.. hahah sorry.. joking."

dush! dush! Sentap.. lagi aku.

"Hurm.. kau keluar dengan siapa? " Soalku menukar topik.. untuk melindung rasa sebak ku.

"Dengan.. Joey, Mail, hah! Irfan pun ada. Diorang semua bawa awek memasing. Kecuali Irfan.. Tu lah kau! Kesian Irfan. " jawab Nia..

Allah.. sahabat..

"Nia, kau pi jam berapa? "

"Lepas isyak kang.. apesal?"

"Duduk sini jap.. " Aku menarik tangannya untuk duduk bersebelahan ku.

"Nia.. hurm.. aku tahu, aku bukan baik sangat. Tapi, boleh tak? Sebagai sahabat.. aku nasihat.. jangan kerap sangat keluar dengan lelaki.. jaga ikhtilat.. aku sayang kau.. aku sayang semua sahabat kita. " Nasihat ku perlahan sambil tersenyum.


PART 3
"Hek eleh! Dia fikir dia apa bhai?? Nak nasihat aku konon. Ehh! Dulu, dia tu lagi teruk tau. Layan lelaki sana sini.. nak suruh orang jaga ikhtilat konon. " Sembur Nia

"Wait.. Kau cakap pasal siapa ni? " Soal Irfan..

"Awek kau lahh.. bengang aku.. sahabat apa macam tu? Nasihatkan orang. Tapi, diri sendiri tunggang-langgang.. " Marah benar Nia

"Haa...Maghoh maghoh.." Mail menyampuk..

Nia hanya menjeling tajam.

"Ainul mana? " Soal Joey.

"Dia ada assignment yang tak siap.. " jawab Nia..

"Hurm.. nampaknya.. kita berlima ja lah lepak malam ni.. " Kata Mail..

Siapa? Nana, Mail, Joey, Nia, Irfan... lima lah tu..


PART 4
Pernah dahulu, seorang niqabis hadir dalam hidup ku, dia menasihati ku.. Alhamdulillah..senang sangat aku terima. Mungkin, tatkala itulah hidayah Allah datang menyapa hatiku

katanya, 'Nasihat itu diambil dari sesiapa sahaja. Tak kira pangkat, darjat atau banyak mana pahalanya. Sama seperti kisah seorang Sheikh yang menerima nasihat daripada seorang perompak'

Aku hanya tersenyum... Namun, kadang-kala..sahabat serumahku membuatkan aku rasa down.. namun, kerana sayang aku tahan..

"Syifa...pakwe kau call ni. " Jerit Ainul

Haihh! Mamat ni.. Tak habis-2 ganggu aku.. agaknya nak kena baling dengan dapur gas tak da gas dulu baru nak berhenti ganggu aku agaknya..

Irfan?? Aku tak pernah declare dengan dia. Namun, kerana sikap ku yang dulu gemar melayan.. orang sekeliling memandang rendah terhadap perubahanku.. apa? Nasihat orang suruh jaga iktilat. Tapi, diri sendiri couple. Salah faham semua tu. Namun, relax lah.. mujahadah itu pahit, kerana syurga itu manis.. itulah salah satu kata-2 niqabis itu kepadaku

"Cakap aku dah tidur.. " Jeritku dari arah bilik..

"Ishh!Kau ni.. apesal kau asyik mengelak ja hah dari dia? " Soal Ainul pula..

Allah... berat nya ujian.. sorang, sorang sahabatku tak suka dengan perubahanku ini..

Namun, aku masih tersenyum.. kerana aku tahu, Allah lebih tahu..


PART 5
"Wey, aku Tak sukalah.. dengan Syifa sekarang.."

"Pehal?"

"Tengoklah.. asyik duk rumah.. keluar lepak pun taknak.. Irfan pun dia dah tak layan.. "

"ha'ah kan??Pehal eh?? Ishh! Nasihat orang, tapi.. hurm.. "

"Tu lah tu..Erghh aku pula yang stress duduk dalam rumah ni dengan dia.. dengan tudung labuh dia tu.. "

"Dia sendiri ada pakwe.. tapi, nasihat suruh jaga ikhtilat.. Arghh! Bengang aku. "

Perlahan aku terdengar perbualan mereka.. Ainul dan Nia.. Diorang ni kalau mengumpat aku memang win ~

Sedihnya ya Allah.. sahabat sendiri tuduh kita macam-2..

:lemon::lemon::lemon::lemon::lemon::lemon::lemon::lemon::lemon:
Duhai sahabat, janganlah kamu pantas menghukum sesuatu tanpa soal selidik
:lemon::lemon::lemon::lemon::lemon::lemon::lemon::lemon::lemon:

Perlahan airmataku menitis. Ya Allah! Memang pahit.. pahit sangat. Sanggup ka aku tahan? Ya Allah.. kuatkanlah aku..

Aku hanya mampu berdoa..


PART 6
Kadang-kala.. bila teringat perbualan mereka.. membuatkan aku teringat kembali memori dulu. Memori.. aku di zaman jahiliah..

Bila melihat komen-2 di status fb ku, Allah... Aku terasa macam aku tiada maruah..

komen status ajnabi sana sini..

Bergelak tawa.

berchatting

Berbual dalam telefon hingga jam 2 atau 3 pagi.

Huh? Jahil kan?

Orang pagi-2 macam tu, duk buat qiamulail. Tapi aku?? Duk bergayut dengan ajnabi.

pedihnyaa bila aku fikir semua tu..

Tapi, aku teringat nasihat niqabis itu, 'Allah tak memandang kita yang dahulu. Allah memandang kita yang sekarang. Kalau Syifa dah ada niat nak hijrah.. teruskan. Walaupun dulu.. kita teruk macam mana pun.. tapi, yakinlah.. Allah melihat kita yang sekarang.. Best tau.. bila kita sentiasa rasa tenang bersamaNya.. '


 PART 7
"Syifa taktahu nak buat apa kak.. " aku mengadu pada niqabis itu

"Kenapa sayang??" Dia hanya tersenyum.. walaupun hanya menampakkan dua matanya..

"Syifa taktahu nak buat apa.. sahabat Syifa tak suka tengok Syifa berubah macam ni.. " Menitis airmataku..

"Sahabat?? Aikk! First time akak dengar sahabat tak terima penghijrahan seseorang.. " Niqabis itu masih tersenyum

"Syifa yakin mereka sahabat Syifa? " Soal Niqabis itu

"Hurm... "

"Shh! Jangan cakap apa-2.. jawab dalam hati ja.. "

"Seorang sahabat akan sentiasa menyokong penghijrahan sahabat nya.. kalau dia Tak sokong.. Adalah tu masalahnya tu.. mungkin, Syifa pun ada silap.. Syifa muhasabah diri balik.. Mohon petunjuk kat Allah.. Akak tahu, Syifa ni baik.. tapi, kita ni manusia biasa Syifa.. sebaik mana pun kita.. Pasti akan ada manusia yang Tak sukakan kita. Apa pun, doakan yang terbaik untuk sahabat Syifa tu.. " Sambungnya.. masih tersenyum.. tenangnya dia menasihatiku..


PART 8
"Ya Allah..ampunkanlah segala dosaku. Dosa kedua ibubapaku. Ya Allah.. aku masih dalam proses mengejar cintaMu.. namun, banyak dugaan yang telah aku lalui.. Aku bersyukur kerana Kau turunkan dugaan ini.. kerana aku tahu, dugaan inilah yang akan menguatkan aku. Aku mohon lembutkanlah hati sahabatku. Berikanlah mereka hidayahMu ya Allah.. Aku sayangkan mereka. Susah senang kami bersama. tapi, sekarang.. mereka menjauhkan diri dariku hanya kerana aku mengejar redhaMu.. aku mohon.. bukan Aku sahaja yang ingin ke syurga Engkau.. aku ingin menarik sahabatku juga.. aku mohon.. permudahkanlah ya Allah.. kuatkanlah aku.. sahabatku, sahabat dunia akhiratku.. walaupun mereka menghinaku.. Tapi, aku tahu hati mereka ada lembutnya juga.... Robbana atina fid dunya hasanah. Wafil akhirati hasanah.. wakina a'zabannar. wasolallahu a'la saidina Muhammad.. wa'ala alihi wasohbihi wasallam.. walhamdulillah.. hirobbil a'lamin.. " Aku menyapu kedua tanganku ke muka.. Alhamdulillah.. tenang sikit rasa..

Namun, aku terdengar suara esakan di belakangku..

seram sejuk aku.. Ya Allah! Ujian apalah yang Kau berikan ni? Janganlah.. aku sorang ja kat rumah ni..


PART 9
Astaghfirullah.. al azim.. perlahan aku istighfar.. haishh! Apalah.. aku ni fikir bukan-2..

Aku masih mendengar suara esakan itu..

"Syifa... " Erk! macam kenal suara tu..

perlahan aku memandang ke belakang..

Allah! Dua orang sahabatku sedang menangis.. Aikk! Kenapa??

"Kenapa ni?? " Pantas aku bangun menuju ke arah mereka..

"Syifa.. kitorang.. ki.. kitorang.. " Tersekat-sekat suara Ainul.. oleh kerana esakan tangisnya

"Okay-2.. perlahan-2.. kenapa ni? Ermm?? Nia??"

"Kitorang minta maaf.. kitorang banyak buat silap.. maafkan kitorang.. kitorang terdengar doa kau untuk kitorang.. rasa sayu sangat.. sangat sayu.. " jelas Nia..

Alhamdulillah.. detik hatiku.. Saat ini, aku terasa nak guling-2 atas katil.. syukur ya Allah..

"Syifaa.. maafkan kitorang tak??" Soal Ainul..

Aku mengangguk-angguk sambil memeluk mereka.. dan berkata.."insyaAllah.. mestilah.. korang sahabat aku wey... " menitis airmataku keharuan... kepada sebuah pertemuan.. nyanyi sikit..

"Syifa.. " Seru Nia..

"Ya..?? "

"Kitorang nak buat permintaan.. " Kata Ainul

aku mengangkat keningku ala-2 Ziana Zain..

"Apa dia tu?? "

mereka berdua pantas memelukku seraya berkata

"Sahabat, pimpinlah aku "

Allah.... berdetak jantungku. syukur.. ya Allah..
==============================================================

Mungkin banyak halangan nak berubah. Tapi, ingatlah.. halangan tu lahh yang buatkan kau lebih tabah -Syifa

TAMAT


[hak milik siszie]

MAK MAAFKAN ABANG [full part]

PART 1

"Mak... Kenapa muka muram ja ni?" soalku sambil mengunyah kerepek pisang yang digoreng oleh mak

Mak tersenyum hambar

"Takda apa. Eh! Sedap tak?" soal mak menutup kesedihannya

"Mestilah sedap! Ni lah kerepek pisang yang paling paling paling sodap yang pernah Iman rasa." kataku.

Aku memang jenis yang blurr dan susah nak tangkap sesuatu di sebalik sesuatu wajah. Heh! So, aku pun sambung kunyah kunyah dan kunyah.

"Erm...mak, abang mana?" soalku. Tetiba teringat pula kat abang aku yang sorang tu.

Mak hanya tersenyum..
Aku pun makan ja lah...~ tanpa menghiraukan maksud senyuman mak itu.

"Makkk! Makk!" jerit abang.

"Yaa, Firdauz. Mak kat dapur." sahut mak

"Mak! Apa mak buat kat isteri Dauz ni mak?" lantang suara abang

"Apa yang mak dah buat?"

"Nina kata, mak marah-2 dia sebab tak kerja buat rumah." jawab Dauz.

"Astaghfirullah al azim.. Mak tak buat macam tu nak.." hampir gugur airmata mak.

"Ahh! Mak selalu macam ni. Dah lah mak!!" tempik abang.


PART 2

"Mak! Sabar ya mak. Iman taktahu nak buat apa." Sedihnya kerana aku blurr waktu itu. Hakikatnya aku memang sentiasa blurr

"Takpala Iman.." mak masih tersenyum..

"Ish! Rimaslah bang. Mak tu! Asyik perli-2 Nina ja." adu Nina, isteri Firdauz
==============================================================

"Yaka sayang? Mak cakap apa?" soal Firdauz

"Hurm.. Mak cakap, Nina ni asyik menumpang ja. Nina tak pernah nak bersyukur sebab mak bagi menumpang kat sini. Sedihlah macam ni."

Bagaikan dicucuk-2.. Kemarahan Firdauz bertambah menggelegak. Asap volcano sudah keluar dari telinga nya. Namun, dia masih mampu bertahan.

"Lepastu kan bang. Mak marah Nina kahwin dengan abang. Mak cakap, Nina ni tak sesuai dengan abang. Mak lebih suka kalau abang kahwin dengan anak kawan dia yang ustazah tu.." Cucuk Nina lagi.. Kali ini, airmatanya menitis. Aku taktahu lah kot dia sempat letak eye drop ka apa kan..~

"Mak cakap... Mak cakap.." tersedu-2 Nina

"Mak cakap.. Nina ni menantu tak sedar diri.. Huwaaaaa!!" kedengaran tangisnya

Kali ni, Firdauz tidak mampu bertahan.. Magma nak meletup. Bersedia!!!


PART 3

"Tengok!! Kau cermin diri kau! Orang tua tak sedar diri!" bagaikan dirasuk syaitan. Firdauz menghentakkan kepala mak di hadapan cermin.

"Allah.. Nak.. Mak tak buat semua tu." teresak-esak mak menahan tangis dan kesakitan.

"Tak buat konon! Eh! Nina dah cerita semuanya! Hah! Tengok! Muka orang tua tak sedar diri ni!" sekali lagi, Firdauz menarik belakang rambut mak dan menghentakkan kepala mak di hadapan cermin.

Mak cuba bertahan..

"Nak.. Mak tak buat. Percayalah." mak menangis.. Mak menangis...

"Dahlah! Kau memang tak suka aku kahwin dengan Nina tu! Tak payah nak berlakonlah!!" tempikan Firdauz membuatkan jiwa mak meruntun hiba.

Bagaikan tiada daya.. Mak jatuh rebah tatkala Firdauz melepaskan pegangannya.
Tiada belas kasihan di dalam jiwa Firdauz. Dia tidak menghiraukan mak. Terus dia pergi dari situ.

Syaitan telah menguasai jiwanya.

Mak terkulai di atas lantai rumahnya.


PART 4
"Mak! Kenapa dahi mak lebam??" soalku kerisauan

"Mak..jatuh tangga semalam." jawab mak sambil memotong bawang.

Aku menghampiri mak dan membelek-belek lebam itu.

"Haish! Mak ni. Iman tahulah Iman rabun mak.. Tapi, kalau tengok dekat-2 nampak jelas gila ada luka kat sini. Takkan lah jatuh tangga sampai luka? Tangga ja pun." heh! Berlagaknya aku. Tangga ja pun??~

"Ish kamu ni.. Membebel ja.. Dah, meh tolong mak masak."

"Haipp! Haip!! Mak..." aku mensinsing lengan bajuku lalu bercekak pinggang..

"Cuba jujur mak. Dari hati kaa hati.." selamba aku berkata

"Haha.. Hati ke hati konon. Dia tu pun selalu patah hati. Dah dah.. Cepat masak. Nanti kakak ipar kamu lapar."

Ting!!
"Mak!" aku memetik jari

"Cakap pasal akak ipar kan? Apesal dia tu pemalas sangat hah?makan pun nak berhidang. Baju pun Iman yang basuh. Bilik pun mak yang kemas. Eeee orang tua ni.. Geram aku... Kalau aku....da..." belum sempat aku menghabiskan kutukanku.. Pantas mak menutup mulutku

"Haish! Budak ni. Nanti dia dengar. Kecil hati dia."

"Ehhhh!!" aku bercekak pinggang sambil memandang mak dari atas ke bawah

"Biarlah dia dengor mak.. Takda kecik hati derr.. Lagi besar adalah.. Dia berbesar hati nak keluar dari rumah ni.. Kan kan.. Ekekekek.." aku tertawa geli hati

"Iman.... Mak tak ajar anak mak macam tu." leret mak.

"Opss! Shoreyy.." aku meminta maaf.


PART 5

"Assalamualaikum..abang.." sapaku di talian

"Waalaikumussalam dik.. Kau nak apa?" soal abang

Haish! Kasarnya

"Bang! Tolong jemput mak kat rumah adik ni." pintaku

"Apahal pula mak kat situ?" soal abang kasar

"Laa.. Mak datang jenguk cucu dia lah bang oii.." erghh!

"Kau hantar tak boleh ka?"

"Tak dapat. Sebab dah maghrib. Iman tak boleh pandu malam." jawabku. Haishh! Suami aku kerja malam pula. Alahai mak, maafkan Iman. Hurm..

"Haishh! Aku penatlah.. Baru balik kerja. Apesal kau tak bagi tahu awal-2?"
Ehh! Aku pula disalahkan.. Aku dah bagi tahu akak Nina okay! Ni mesti minah ni tak bagi tahu abang aku ni. Ish!

"Iman dah bagi tahu kak Nina lah.."

"Lain kali bagitahu awal-2 lah.. Banyak betul alasan. Aku penat tahu tak baru balik kerja. Aku pun ada life juga! Sukahati dia lah nak pi mana pun. Malas aku!" tut! Talian dimatikan..

Aku beristighfar perlahan dalam hati.

Aku pula terasa nak termenangis abang layan mak macam ni.

Ya Allah.. Berikanlah abangku hidayah dan rahmatMu.

Doaku dalam hati.

Aku memandang mak sayu yang sedang bermain dengan cucunya.

Maafkan Iman mak...~ gugur airmataku


PART 6

Rintihan seorang ibu bergema di malam itu..

Aku hanya mendengar secara senyap. Sebab mak tidur kat rumah aku. Aku lalu lalu lah.. Entah macam mana kaki ku ini terberhenti di depan bilik yang didiami mak pula.~

"Firdauz anakku... Kenapa kau jadi macam ni. Ya Allah.. Kuatkan lah hati hambaMu ini.. Pedihnyaa ya Allah. Seorang anak melayani ibunya seperti ini.. " mak memegang gambar abang

"Abang.. Kamu ingat tak.. Ketika kamu Kecil.. Kamu baik sangat. Dengar cakap mak.. Tak pernah tinggal solat. Mak rindukan semua tu nak.." airmata mak mengalir..

Tak sanggup untuk aku mendengarnya.. Aku pergi dari situ

==============================================================
Tak boleh jadi ni! Kesian mak.. Airmataku juga menitis.. Aku pula yang terasa seksanya. Allah.. Takkan aku lupakan pengorbanan seorang ibu.


PART 7

"Haha.. Of koslah! Tapi, i kena hapuskan orang tua tu dulu.."

"Hah?? Apa? Haha alolo babyboy.. You selalu buat i cair"

"Haha! Takda kantoinya lah.. Suami i belum balik kerja.."

"Hah? Nak jumpa? Bila?"

"Alolo.. You ni kan.. Suka usik i tau. Ni yang i bertambah sayang ni. Muahhh!"

"Haish! Mestilah sayang. I dah rancang elok-2 dahh untuk rampas harta si Firdauz tolol ni!"

"Ehh! You.. Dia memang budus pun. Haha! Dia taktahu yang i fitnah mak dia yang tua kerepot tu.."

"Haha.. Yaa.. Bomoh tu memanh superb lahh. "

Firdauz yang mendengar perbualan itu jadi terkedu. Sanggup kau Nina!!! Aku tak boleh terima semua ni!!

Mak? Mak... Jiwa Firdauz meruntun hiba.. Allah mak..

"Nina!!" tempik Firdauz dari arah belakang!

"Firdauz?" Nina terkedu..

"Ab...abang.. Awalnya balik.." sambil mengambil tangan Firdauz untuk bersalam.. Konon-2 isteri solehah lah kan?? Boleh blah masuk perigi lah weyy!

Pangg!!!

"Nur Ainina bt Kamarul.. Aku ceraikan kau dengan talak 3!" sekali lafaz bersaksikan recorder.. Sempat lagi tu pasang recorder. Kelakar jaa.. Hambar.

"Ab..abang!! Apa ni??"

"Abang? Abangang lah kau! Kau keluar dari rumah mak aku sekarang!!!" tempik Firdauz

"Ab..abang! Nanti dulu.. Ni...Nina..ta..."

"Aku taknak dengar apa-2 lagi!! Kau blah! Sebelum aku bunuh kau!"

"Bu..bu..bunuh??" glurp!

"Sekarang!!!" bergegar rumah mak teriakan abang bergema

Kelam kabut Nina keluar dari bilik itu..

Mak.. Maafkan abang. Sayu hatinya. Ya Allah..

Bagaikan terpukau dia selama ini dengan isterinya.

Kini, Allah pertemukan dia dengan perbualan isterinya dengan seorang lelaki entah siapa namanya..~


PART 8

Firdauz bergegas pergi ke rumah adiknya untuk berjumpa dengan satu-2nya wanita yang dia sayangi. Yang telah banyak dia lakukan dosa terhadapnya.

Makkk!! Jeritan batinnya.. Mengalir juga airmata lelakinya.

==============================================================
"Yaasin......Wal qur anil hakim.." alunan bacaan yasin kedengaran di rumah Iman

"Iman.. Mak mana?" soal abang

Aku hanya mengetap bibirku.. Menahan tangis

"Mak.. Abang.. Mak....mak dah takda..huwaa..." aku memeluk abangku meminjam kekuatan darinya

Ya Allah!!

"Bila??" Firdauz terpaku

"Pagi tadi. Adik cuba call abang. Tapi, abang off phone.. "

"Kenapa?"

"Makk.. Rebah di hamparan sejadah. Allah lebih sayangkan dia."

"Adik.. Ab...abang banyak dosa kat mak.. Makkk!!!!!" jerit Firdauz..

"Abang.. Sabar.."

"Tak!! Tak!! Macam mana abang nak sabar dikk! Abang belum minta maaf kat mak lagi..."

"Abang banyak dosa dengan mak dikkk!! "

Aku menahan tangis..

"Abang.. Ni, mak pesan bagi abang." aku menghulurkan lipatan surat itu kepada abangku.



PART 9

Warkah buat anakanda ku, Firdauz

"Firdauz.. Nama syurga. Sedap sekali bunyinya. Anakku, mak telah pergi menghadap Illahi. Namun, ketahuilah.. Mak sayangkan abang.. Mak maafkan apa yang abang pernah buat kat mak.. Satu yang mak minta. Jagalah adikmu.. Jadilah anak yang soleh. Biarpun mak dan ayah dah tiada lagi di dunia ini. Jagalah tutur kata. Jangan tinggal solat.. Jangan biarkan mak terseksa lagi di alam barzakh. Biarlah mak tenang di sini nak.. Mak maafkan kesalahan abang. Mak sayang anak-2 mak.. Anak-2 mak tiada gantinya...

-Ibumu- "

Airmata Firdauz mengalir perlahan. Telah seminggu mak menghadap Illahi. Tiap kali rindukan mak, abang akan sedekahkan Al-Fatihah, mengaji untuk arwah mak dan arwah ayah. Abang akan baca surat mak setiap hari.

Mak, maafkan abang...

TAMAT

[hak milik siszie]

IMTINAN SOLEHAH [full part]

PART 1

"Bateri!!!!!!" Haishh! Siapalah yang jerit-2 ni??

"Bateri! Kau dah makan? Jom makan.." ajak Aiman.

Aku hanya menjelingnya.

"Kau ni kan Aiman! Nama aku Batrisya lahhh.. bukan bateri. Kau ingat aku ada masuk iklan bateri ever ready tu ka?? Haishhh!" Marahku.

Aku Batrisya. Aku taktahu apa makna nama aku tu. Aku lebih suka digelar Nur. Aiman? Seorang lelaki yang menyayangiku dalam diam. Tapi, aku tahu. Sebab apa? Sebab aku memang perasan. Ekekekekek

"Hehe.. sorrylah Nur. Kau taktahu ka? Aku ni makan cari kau.. nak tidur cari kau.. nak,belajar cari kau.. kalau takda kau.. tak lengkap hidup aku bagaikan burung yang patah sayapnya."

Okay, Aiman dah merapu plus jiwang nak bagi aku pengsan..

"Kau ni kang! Ada yang kena sodok dengan penyodok kat rumah aku kang ni!" Kataku bengang

Aiman membulatkan matanya..

"Huishh! Tak sayang aku kaa??" Soalnya

"Heh! Kau siapa dalam hidup aku??" soalku kembali,berlalu pergi.

Pap!! Sentap untuk Aiman


PART 2

"Arghhhh! Sakitlah." Jeritku.

"Ops! Maaf maaf. Awak okay tak?" Soal Damia

"Erk! Hurm tak okay. Sakit jugalah..tapi takpa.. " kataku perlahan

Adoii! Sakit lahh.. huhu adududududu.. dia pijak kaki aku. Sikit punya daging dia pi pijak. Tu yang sedap tuuuuu

"Hurm.okay.." Damia berlalu pergi.


"Kau bercinta ka dengan Aiman? " soal Hana.

Aku hanya tersenyum

"Taklah.. gila ka kau? Aku anggap dia sahabat aku ja."

"Aku tengok dia macam sayang kau,ja." Tebak Hana

"Ouhh yaka?? Haha memanglah.. "

"Haishh! Betul-2 lah... kau ni suka memainlah.." kata Hana berjauh hati

"Omo omo omo.. ekekek.. betul lah.. apa masalahnya?" Soalku.. saja menyakat

"Nak,menang?? Hamekk.. you win. Go and take the,prize " Hana mengalah

Aku mengangkat keningku ala-2 Ziana Zain

"Kita ada,masuk pertandingan ya? Wuu tepuk sikit.. hihi."

Hana bengang.

"Erghh! Malas lah cakap dengan kau."


PART 3

Damia.. seorang gadis bertudung labuh. Lembut tutur katanya. Tapi, dalam diam.....

==============================================================
"Awak, dah makan?"

"Belum.. hihi.."

"Kenapa tak makan lagi?"

"Takda selera.. "

==============================================================
"Damia, kau takda syak kaa.. yang si Nur tu ada hubungan dengan Aiman?" Soal Mimi

Damia terkedu..

"Hurm? Entahlah.. ada juga,syak,syak.. kenapa?"

"Haihh! Takdalah.. dia tu kan bertudung labuh macam kau ni. Tapi, hurm.. ke laut tenggelam dek air tudung labuh dia tu.. dengan perangai macam tu.. " kutuk Mimi

"Ouhh.. aku dengar, dia tu bekas pelacur kan??" Soal Damia

"Hah! Betul tu.."
"Macam tak sesuai pula dengan tudung labuh dia tu. Lainlah macam kau.. " sambung Mimi

Damia hanya tersenyum..


PART 4

Menitis airmataku tatkala terdengar perbualan oleh dua sang sahabat..

Namun, ku gagahkan jua untuk senyum.

Perlahan aku memegang tudung labuh yang aku sedang pakai.

Tak layakkah aku? hanya kerana aku ini bekas seorang pelacur.

Memang. memang sangat perit untuk aku terima.

Bekas pelacur? Huh! Itulah sejarah hitam aku yang tak ingin aku ingati.

"Oi Makcik! Pesal kau termenung??" Soal Aiman

Haishh! Pengganggu antarabangsa betul lah mamat ni

"Ish.. sibuk lah kau ni."

Aiman membuat muka kasihan

"Iyalah.. siapalah aku ni kan." Aiman berjauh,hati

"Hahaha! Kau Aiman lah.. Aiman yang bengong-2"

itulah aku.. cakap ikut sedap mulut. Tapi, tengok keadaan juga. ~ ekekekek

"Haish! Kau,ni, tudung dah labuh.. tapi cakap ikut sedap mulut ja.." marah Aiman

"Hurm..iyalah-2.. maaf. Aku terbiasa lah.."

"Takpa.. tapi kan, aku tahu hati kau baik. Even kau kasar kan.. hurm.. sebab apa,kau nak tahu?" Soal Aiman..

Aku teruja ingin tahu.. keterujaan aku sangat tersalah tika itu.

PART 5

"Aku kenal,kau dah lama Nur.. sebelum zaman gelap,kau berlaku,lagi,aku dah kenal kau.. Nur, nak tahu tak? Even kau,ni bertudung labuh.. kau rock.. wait, takdalah rock sangat.. cuma kau jenis selamba badak ja.. kau tak,bagi lelaki sentuh kau. Kau kawan dengan aku pun sebab kita memang dah lama kenal.. Aku kenal kau sangat Nur oii.. biarlah kau kasar secara luaran.. biarlah orang nak kata kau ni.. tudung labuh tapi, tak lembut dan ayu.. asalkan dalaman kau bersih dan suci..dan lembut.." luah Aiman

"Ouhh..nak tambah softlan tak??" Soalku menyampuk

Aiman mengangkat keningnya ala-2 Ziana Zain

"Apahal pula ni?"

"Laa.. nak lembutkan lagi, gunalah softlan.. ada extra wangi." Jawabku

Aiman menepuk dahinya
"Allah! Perangai tak berubah.. tak pernah serius apa orang cakap." Keluh Aiman

Aku,hanya tersenyum

Haihh! Biasalah.. ramai menganggap aku suka main-2.. tapi, hanya Tuhan yang tahu.. aku,jadikan kata-2 mereka sebagai pengajaran. Aku ingat apa mereka nasihatkan aku. Cuma, sangat sukar untuk aku tunjukkan keprihatinan aku terhadap,nasihat yang diberi secara terang-terangan..

Tapi, ketahuila.. aku,hargainya


PART 6

"Nur, awak nak pi mana?" Soal Damia

pantas aku,menoleh ke belakang

"Hurm?? Suraulah.. kenapa?" Soalku sambil tersenyum

"Ouhh okay.."

"Awak? Jomlah sekali." Ajakku

"Err..hurm, awak pergi dulu. Jap lagi saya datang."

Aku hanya tersenyum pantas berlalu pergi
==============================================================

Aku teringat kenangan lalu. Kenangan yang menjadikan aku adalah aku yang sekarang..

"Kenapa Nur?" Soal Mariam

"Hurm, Nur kotor.. Nur jijik dengan diri Nur." Airmataku mengalir perlahan

Mariam hanya tersenyum

"Kenapa? " soalnya lembut

"Nur bekas pelacur.." sekali lagi airmataku menitis. Sangat perit untuk aku menerimanya

"Jadi, sekarang Nur nak buat apa?" Soal Mariam tenang

"Nur.. Nur nak berubah." Aku memandangnya

Tampak bersinar mata Mariam tatkala aku meluahkannya

"Okay.. then, buatlah." Sangat simple jawapan,Mariam.. bluerghh


PART  7

"Hahaha! Comel muka Nur macam tu." Mariam tertawa

Aku membuat muka blurrr.. plishh Mariam..Nur serius ni.. tengah sedih ni. Dia ni,memain lah..

"Okay-2..relax.. okay..first of all.. buatlah solat sunat taubat."

"Hurm? Nak,ka Allah terima taubat Nur??" Soalku

Mariam menyengetkan bibirnya lalu tersenyum

"Nur? Nak kaa... bertaubat setelah apa yang Nur buat?? Nur nak kaa masuk syurga?" Soal Mariam pula

"Mestilah nakkk...even banyak,kesalahan..semua orang nak syurga.."

"Then?? Kenapa persoalkan penerimaan Allah terhadap taubat Nur? Nur.. even kita seorang pelacur sekalipun.. asalkan kita dah menyesal dengan perbuatan kita.. dan hurm.. nak kembali pada Allah.. then.. buatlah.. asalkan hati kita ikhlas.. menangislah sepuasnya.. padaNya.. mengadulah padaNya.. menyesal lah atas perbuatan yang Nur dah lakukan..." nasihat Mariam

"Nur,tahu tak? Disebabkan kita ada,sejarah hitamlah.. bila Hidayah Allah menampar hati kita sikit..sikit ja Nur..kan kan kan~ kita akan rasa nak berubah.. kita akan rasa menyesal..dan bersungguh tak mengulanginya..dan dari sejarah gelap kita tu lahh.. menjadikan kita yang sekarang.." sambung Mariam..

"Kerana..Mariam juga pernah lena terlalu lama..dalam buaian nafsu..hingga Mariam tersedar.. Mariam ini hambaNya.. " menitis airmataku tatkala mendengar nasihat dari seorang sahabat bernama,Mariam

"Allah..tak pandang kita yang,dulu.. Allah pandang kita yang
sekarang.so, kalau dah ada niat nak berubah... buatlah perlahan-2.." nasihatnya lagi.

"Hingga kita mencapai Imtinan Solehah.."

Aku mengerutkan dahiku

"Apa tu?" Soalku blurr

"Haha Anugerah solehah,sayang.." jawab Mariam Sambil mengenyit matanya

Dari situlahhh aku menanamkan impian untuk mendapat imtinan solehah di sisi Allah..

PART 8
"Damia, apa kau buat ni??" Sergah Mimi

Damia yang mendengar sergahan itu, turut berdebar

"Hah?? Err...Mi...mimi...Damia..." belum sempat Damia menghabiskannya, pantas Mimi memotong

"Aku tak sangka kau macam ni! "

"Mimi! apa kau ni..Aku..aku.."

"aku apa?? Wey, aku tak rabun lagilah... aku nampak apa kau buat dengan Rahim ni." kata Mimi sambil mulutnya memuncung ke arah Rahim

"Huh! aku pegang tangan dia je pun." jawab Damia

"ouhh God! stupid answer. Look, kau tudung dah labuh. Tapi, jatuhkan imej orang bertudung labuh. Kau sedar tak apa kau buat ni?"

"Heh! sekurang-kurangnya aku bukan bekas pelacur." jawab Damia tanpa sedar

Mimi yang mendengar terkedu

"Astaghfirullah al azim.. Damia! aku..."

"Dia bekas pelacur. Dan dia dah bertaubat. Sedangkan diri yang cakap ni suci tapi, buat maksiat tanpa rasa bersalah. " Aiman menyampuk. Kebetulan dia lalu di situ dan terdengar perbualan mereka

"aku tak sangka Damia. Kau ni berperwatakan lembut, muka suci, tapi...." Kata Mimi

"Dan kau Rahim! Takkan tak rasa malu?? kalau tak malu dengan kitorang pun. Malu dengan Allah! " sambung Mimi lagi

Damia terkedu untuk keberapa kali entah. kiralah sendiri.. ~

"korang.. aku..aku.." tergagap-gagap Damia..



PART 9

"Woii makcik! buat apa tu??" sergah Aiman

haishh! buat aku terkejut ja

"Aku tengah kentut " jawapan selamba dariku membuatkan Aiman ketawa tak henti-2

"hahaha! apak busuk siuttt! wey, agak-2 lah.. kau tu perempuan. Haishh! tak senonoh betul." marah Aiman

"takpalah. siapa jodoh aku tu , kenalah redha aku macam ni. " sengihku

"haishh! kalau aku jodoh kau macam mana?? " Aiman mencuba

"kau? huh! Padanlah muka. Minta redha. " jawabku sekilas.

"hurm..Aku nak duduk jap.. " Aiman meminta izin

"erk! duduklah. dah kenapa minta izin? " soalku hairan

"takdalah.. kau tu pelik sikit. aku nak duk sebelah pun tak bagi.. " luah Aiman

"Heh! tu kala rapat gila lahh gila!"

"hehe..hurm, btw kau tahu tak pasal Damia?" soal Aiman tiba-2.

"hurm?? kenapa?" soalku pura-2 taktahu.. aku kan pakar dalam lakonan. ekekekek

"haishh! betul-2 lah. "

"Err..kau sibuk kenapa??"

"hurm.. tak sangka kan dia macam tu? " Kata Aiman

aku berfikir sejenak

"aku pun tak sangka kau macam ni.. " Aiman yang mendengar pantas terkejut

"apahal pula aku?? " soal Aiman tak puas hati

"Iyalah.. sepatutnya kita mendoakan dia... bukannya sibuk duk cakap.. 'tak sangka aku dia macam tu.. ' Even sebaik mana.. seburuk mana pun seseorang tu, apa salahnya kita doakan dia?? "

zappp!! deep nya tembus belakang Aiman

Tamat

[HAK MILIK SISZIE]


DISEBALIK TABIR ~~~
Okay.. SisZie saja jaa tak kasi story yang Damia akan minta maaf.. okay then,

korang boleh cerna tak apa point kat cerita ni?? `

actually cerita ni 2 in 1.. kisah seorang perempuan yang suci dan bersih dan lemah lembut lalu ditambah dengan softlan untuk lebih soft dan smooth dan bertudung labuh tapi hakikatnya berbuat maksiat dalam diam

dan juga seorang perempuan bertudung labuh tapi bekas pelacur.. ~ perwatakan kasar .. cakap selamba badak dia ja.. ~ but, dalam hati.. hanya Allah yang tahu..

korang dapat tak point nya?? dapat takkkkkk?? SisZie jerit ni.. okay Alhamdulillah kalau dapat..

maaf ya kalau tak syok.. tapi, ambil lah pengajaran.

benda ni bercabang-2.. Siszie cuba nak. buat 2 watak perempuan bertudung labuh. yang.. hurm.. jangan kita judge a book by its cover lah kan kan kan.. hahaha ~

so, hurm tu ja lah. heheheh~

CINTA DALAM MUSUH [full part]

PART 1

"Bengang aku dengan mamat tu ~ dia siapa bhai! nak tegur pakaian aku bagai. Budus! punya orang" Terkumat-kamit bibir si Sarah memaki si lelaki yang baru sahaja menegur cara pemakaiannya..

"Woi!Pehal ni? Dari hujung sana sampai sini, aku tengok muka kau macam singa nak melepaskan hajat ja. Hahaha!" meletus ketawa si Wani, sahabat Sarah yang paling rapat di kolej ini.

Sarah mendengus... "Takda lah.. ada ke patut budak baru tu pi tegur cara pakaian aku.. Erghhh! Bikin bengkak hati ja.. "

Wani memandang Sarah dari atas hingga bawah.. tiada apa yang aneh terhadap temannya itu..

"apesal? dia cakap apa?" soal Wani ingin tahu..

Sarah menceritakan pertemuan dia dengan si peti ais tercabut pintu itu...

==============================================================

gedebushhh!!!

"aww... " aduh Sarah perlahan..

Sarah merenung tajam lelaki yang melanggarnya itu..

"Apa masalah? " soal Sarah bengang..

"pardon?" sinis lelaki itu..

"Kau dah langgar aku, then? Tak boleh nak minta maaf? "

"Huh?Cakap baik sikit. Kau tu yang pakai kasut tinggi mengalahkan zirafah. Lepastu tuduh aku langgar kau. "

Dush!dush! deep nya tembus belakang aku seyhh!

Aku tolak mamat tu ke tepi, "Cakap baik sikit.. kot ya pun, mintalah maaf.. kau yang langgar aku. Admit ja lahh..." Jelingku..

"Aish! Kau tahu tak?? Untuk pertama kalinya aku jumpa perempuan macam kau. Aku jadi menyampah! Dengan pakaian kau sendat sana sini ~ tudung pun tak pakai. Nanti kau nak bagi apa kat suami kau? " sinis dia membalas

Airmataku bagaikan ingin menitis.. Namun, aku tahan. Ya Allah! Bengang nya aku dengan mamat ni..


PART 2

"kau ni.. kot ya pun.. tegurlah dia cara elok " nasihat Fahrin.. teman, Fitri.

Fitri memandang Fahrin sekilas..

"aku bukan apa.. Entahlah.. haish! Aku cukup pantang ishh perempuan pakai macam tu. Muka dah lawa.Tapi?? Huh!" dengus Fitri.

"Hahaha! wey dalam ramai-2 perempuan berpakaian macam tu. aku wonder juga ni.. apesal dia sorang ja kau tegur??" Fahrin buat suspen..

"lah...dia yang langgar aku.. lepastu tetiba marah. Hah?Kenalah... "

"haih...kawan.. lain kali nak tegur.. cara elok ya?? macam mana dia nak terima teguran kau? Kalau kau sinis macam tu? " nasihat Fahrin lagi..

Fitri hanya mendiamkan diri... dan memikirkan apa yang temannya cakap.. ~

'Haihh. apesal lah aku K.I.V minah tu tadi? haishh! '

==============================================================

"Huwaaaa! aku benci mamat tu! "

"Oi! Relax lah.. aku pun taktahu nak cakap apa actually.. huhu" Wani menggaru-garu kepalanya.. walaupum tidak gatal.

"Sedihlah.. ishhh! Siap lah kau esok!" dalam diam, Sarah sudah ada perancangan sendiri.

PART 3

"Hoi!!" sergah Sarah..

perlahan Fitri beristighfar dalam hati. Terkejut wow! ingatkan pontianak manalah tadi..

"Apesal??" soal Fitri malas

Sarah hanya mendiamkan diri..

Fitri mengangkat keningnya ala-2 Ziana Zain..

"Pehal kau?? " Sambil memandang Sarah dari bawah hingga atas...

'Aikk! Pakai baju kurung? haa macam ni lahh.. kan lawa.. ' puji Fitri dalam hati.

"Ehem..." Sarah berdehem.

"Actually.. erghh! takda apalah.. " Sekilas itu Sarah berlalu pergi..

Fitri hanya tersenyum menampakkan lesung pipitnya.. Fitri? Seorang pelajar baru.. mukanya? putih kemerah-merahan.. memakai songkok. Apabila aktiviti sukan, hanya memakan cap.. sebab apa?? Sebab dia taknak cemarkan rambutnya. Kahkahkah! Agaknya lah.. Seorang yang baik hati. Namun, sekali dia sembur. Pedasnya seperti tergigit cili yang dipetik dari pokok.
Mukanya ala-2 Jepun. Sebab dia kacukan Jepun.. okaylah. macam panjang sangat ja pasal Fitri ni..

============================================================

Sarah mendengus perlahan. Kenapalah dengan aku ni? Dah 3 minggu tak terserempak dengan mamat yang entah aku taktahu nama.. dah lain macam.. perkara semingu yang lalu.. menerjah dalam ingatannya. Pelbagai kritikan diberikan kepadanya oleh Fitri

=============================================================

"Kau perempuan! Tapi baju mengalahkan pontianak? Kalau pontianak nampak kau, aku set lah.. confirm dia letak jawatan jadi pontianak. "

'haishh! dia punya ayat? Buatkan aku terfikir.. walaupun pedasnya menjilat jari. ish!' Sarah bermonolog sendirian

==============================================================
Tiba-2 Sarah teringatkan sesuatu.. siapa agaknya yang bagi aku hadiah tu eh?? misteri sungguh..


PART 4

Sarah mengambil bungkusan hadiah itu.. Dah sebulan macam ni.. tiap minggu mesti ada hadiah.. minggu pertama?? agak-2 apa??

okay.. here.. aku cerita sikit. Minggu pertama.. aku dapat hadiah.. sepasang stokin.. haish! macamlah akuTakda stokin.

Minggu kedua?? Hurm.. sepasang jubah?? Wuishh! Aku ingat, kali terakhir aku pakai jubah pun time majlis khatam Al-Quran aku..

Minggu ketiga? aku dapat handsock.. walaupun nampak simple, tapi cukup berkenan di hati aku.. Ekekekek..

Minggu keempat?? agak-2 apa? Ni paling aku terkejut.. Tudung labuh seyhh! Hurmm, sejuk pula hati aku si pemberi hadiah ni..

And.. hari ni?? minggu kelima?? aku dapat.. sebuah buku.. Tajuk apa?? Hoho... THE GREAT WIFE.. hah! Ni cerita pasal Rasulullah s.a.w. dan Saidatina Aisyah r.a.

Haishh! ni yang aku wonder ni.. Siapa yang baik sangat nak bagi aku semua ni?? Boyfriend?? Takda pulaa aku ni ada pakwe.. Kahkahkah! Maklumlah, ummi kata.. belajar dulu..


PART 5

Sarah? Actually Sarah ni orangnya baik hati.. mudah tersentuh hatinya. Senang menerima teguran. Cuma... dia ni ada 1 ja masalah.. pakaian dia?? Tidak menutup aurat.. Tapi, takdalah menjolok mata sangat.. Cuma, si Fitri ni jaa sensitif sangat..

"Aku terasa macam dah terjatuh hati pula dekat si pemberi hadiah ni.. Haishh!" Sarah memandang sekeliling.. Hurm, tiada apa yang mencurigakan..

semalam mamat tu cari pasal lagi dengan aku...

=============================================================
"Aww...siapa ni?? " aduhh! Sakit kepala aku. Tetiba ada orang ketuk kepala guna buku.. Aku terasa macam buku tu setebal kamus dewan bahasa. Ting tong jap kepala aku..

aku memandang sekeliling.. aku terlihat mamat itu tersengih memandangku.. aku menjegilkan mata ke arahnya.. eee mamat ni memang cari pasal.

'hahaha.. comel muka dia.. haishh! Kenapalah dengan Aku ni?? hurm, makin lama makin sopan kan pakaian kau wahai Nur Hur'ain Sarah bt Yaakub? Alhamdulillah..' Fitri berbicara sendiri dalam hati.

"Hoi! Kau kenapa tetiba ketuk kepala aku??" sergah aku..

"Waalaikumussalam.. " terangguk-angguk Fitri sambil tersenyum..

ee... ya Allah! Geramnya..


PART 6

'kita ni.. kalau nak berubah.. tak payah nak tangguh-2.. Kalau dalam hati tu, dah ada niat nak berubah. Hah! Mulakan lahh perubahan itu. Perlahan-2 berjalan ke arah hijrah yang lebih baik.. kalau ada orang tegur kita sekalipun, even cara dia kasar, kita terima ja lah. Sebab mana tahu, nasihat dia tu berguna juga untuk kita suatu hari nanti' teringat pulaa aku kat nasihat ummi ni.. hurm..

aku baru dapat tahu, yang bagi aku hadiah ni semua? musuh aku?? Oh Allah... dalam diam, aku dah jatuh cinta kat dia.. sedihnyaaaaa... tak sangkanyaaaa....tak sukaanyaaaa...

Telefon bimbit ku berbunyi menandakan ada panggilan masuk. Caller ringtone Fall for you.. hah! Tahulah aku siapa yang call..

"Assalamualaikum ummi.. " aku tersenyum gembira. hurmm rindu gila bhai kat ummi.

"Waalaikumussalam.. sayang.. dah makan? Sihat tak anak ummi ni? "

"sihat.. Alhamdulillah.. as always ummi.. banyak makan.. hihi"

"Hurm.. baguslah.. ummi ada benda nak bincang ni. "
"Apa tu ummi?"

"Hurm... ada orang lamar Sarah. " Dup dap dup dap.. siapa ni?? lamar aku??

"Si.. si.. siapa ummi? " tergagap aku bertanyakan soalan itu.

"Katanya anak mereka 1 kolej dengan Sarah? kenapa tak bagi tahu ummi? "

"hah?? Ummi.. Sarah kat sini takda siapa-2 pun.. Sarah tak da bf pun.. Sarah ingat pesan ummi.. " wanna cry..

"shhh! Anak ummi ni ..hihi.. relax sudah.. " Cheh! Ummi ni pun.. dah pandai dah..

"Ummi tak marah.. jadi macam mana? "


PART 7
perlahan-2 aku menyarung tudung labuh pemberian Fitri. Aku melihat diriku di depan cermin.. MasyaAllah.. cantiknya hambaMu ini ya Allah.. ekekekek ~

============================================================
"kenapa kau bagi aku semua ni? " soalku.. setelah aku mengetahui siapakah yang memberikan aku semua hadiah tersebut.

Fitri hanya tersenyum.. aishh! Geram pula aku.

"Sebab aku nak kau berubah. "

terdetik hatiku.. dengan ayatnya itu.. lama aku fikir.

'Sarah! ni lah masanya! Dah lama kau tunggu saat kau nak berubah. Allah hadirkan Fitri dalam hidup kau untuk kau berhijrah ke arah kebaikan.. Kau bukan jahat Sarah. Tapi, kau terpengaruh. Wake up Sarah! Sampai bila kau nak biarkan diri kau bergelumang dengan dosa?? '

"Thanks... " aku berlalu pergi.

Ya Allah... inikah masanya??

malam itu, Sarah memikirkan... apa yang patut dia buat..

'Kenapa kau nak fikir lagi?? dah lama kau tunggu saat inikan?? saat tenangnya kau di sisiNya.. saat kau tenang mengadu segalanya padaNya.. saat kau gembira kau mengadu padaNya.. saat semua saat-2 kau, kau lebihkan Dia dari segalanya.. '

'abaikan orang sekeliling yang mengutuk kau.. bahawa kau dahulu jahil.. dan ingin berhijrah.. abaikan.. Jadikan, kata-2 mereka itu sebagai pembakar semangat untuk kau terus berubah.. '

Allah hantarkan Fitri untuk aku?? Melalui Fitri juga aku berubah??

Dan.. Fitri melamar aku? Perkara ni semua berlaku terlalu pantas ya Allah..


PART 8

"Wey! Kau tak cakap pun.. kau lamar Sarah? Bukan korang musuh ka?? " sergah Fahrin

Fitri hanya tersenyum..

"Aikk! Korang yang anggap kami musuh.. kami tak pun.. okay ja.. " jawab Fitri selamba..

"Ishh! Nak menang?? Hamekkk.. " give up Fahrin berbicara dengan Fitri..

"Apa pun, tahinah ya.. ekekekek terima juga dia lamaran kau kan?? "


'Kenapa aku lamar dia?? Sebab kali pertama aku nampak dia.. hati aku terdetik untuk ubah diri dia.. dan.. aku istikharah.. Aku temui jawapannya.. Alhamdulillah.. ' - Fitri

'Perubahan ini juga akhirnya terjadi.. Syukur Alhamdulillah.. Tak semestinya dahulu jahil, selama-2 nya jahil.. Allah kurniakan aku.. seorang yang berjaya membuat aku berubah.. Alhamdulillah.. ' - Sarah..

Gaiss, kalau nak berubah.. teruskan perlahan-2.. jangan terlalu gopoh.. yang penting.. niat kerana Allah..

Tamat

[HAK MILIK SISZIE]


HIJRAH SEORANG TOMBOI [epilog]

-Hari seterusnya-

malam itu.. Rain hanya termenung.. sedikit sebanyak kehadiran Nissa dalam hidupnya membantu untuk dia berfikir sejenak..

'kau perempuan Arissa. kau wajib tutup aurat.. Allah laknat kau nanti! ' suara hatinya bergema.. seram sejuk dibuatnya..

'alahh relaxlah weyy.. enjoy lah dulu.. nanti habis rambut pacak kau tu. Susah tu...nak buat ' dan... suara lain pun menyampuk.

'Arissa.. kau kena ingat.. kau ni hamba Allah.. kau wajib ikut perintah Allah.. apa kau dapat setakat rambut pacak tu? nanti kat akhirat.. rambut yang kau tunjuk tu akan dibakar juga.. '

'hahahaha! tak payahlah weyy! kau lagi panas kalau tutup rambut semua tu.. fikir wey! fikir! '

'Arissa.. panas di dunia, bahagia di syurga. Jangan sejuk di dunia. Tapi, panas di akhirat '

-Epilog-

"Subhanallah! Ya Allah..." pantas Nissa menekup mulutnya.. ~

tergamam Nissa memandang teman sebiliknya itu.. pantas Nissa memeluknya..

"Woii! Pehal! Lepas ah. Panas bhai. "

Nissa memandang Rain..

"Shhh!awak.. jaga suara tu.. cantiknya awak.. masyaAllah.. " terselit nasihat Nissa..

Rain hanya tersenyum.. Alhamdulillah ya Allah.. aku memakai pakaian yang mulia ini bukan kerana ingin kan kecantikan.. tetapi.. hidayahMu telah mengetuk pintu hatiku.. Alhamdulillah kerana kau pertemukan aku dengan sahabatku, Nissa..Bermalam-2 aku fikir tentang ni.. kini.. Kau berikan aku petunjuk.. Alhamdulillah..

"Nissa.. thank beb.. " perlahan suara Rain..

"Takk.. kita patut bersyukur padaNya... " menitis airmata Nissa.. kerana telah berjaya membuatkan sahabatnya kembali ke pangkal jalan..

-Hijrah seorang tomboi.. - perubahan yang sangat memerlukan masa untuk kita fikir.. namun, gunalah secara lembut untuk mengubah seseorang.. ~ kerana.. lembut itulah cara Rasulullah s.a.w

tamat



[MEMANG PENDEK BRUHH]

[WALAU TAK PANJANG. TAPI, AMBIL PENGAJARAN HASHTAG CLICHE HAHA]

[HAK CIPTA SISZIE]

Mencintai dia kerana Dia [Confess]

 Apa yang mampu untukku lakukan hanyalah memendam perasaan yang terkadang timbul dan tenggelam. Masih tidak pasti lagi apakah maksud perasaa...