Mencintai dia kerana Dia [Confess]

 Apa yang mampu untukku lakukan hanyalah memendam perasaan yang terkadang timbul dan tenggelam. Masih tidak pasti lagi apakah maksud perasaan yang ada ini. Perkenalan yang singkat membawa erti yang sangat besar buat diriku dan dia. 

Andai saja mampu untukku luahkan....

Namun, cinta hakiki lebih mendahului..

ku tahan tahan perasaan ini buat dia yang bakal halal untukku. 

Dan aku pinta agar dia setia dengan diriku meski hati ini masih lagi tidak pasti apakah maksud sebenar perasaan yang tertanam jauh di lubuk hati ini. 

istikharahku dahulukan sebelum menerima kehadiran dirinya dalam kehidupanku. Namun, pilihan yang dibuat bukan bermakna dia benar-benar pasti adalah jodoh dan begitu juga sebaliknya. ~

Teringat akan kata-kata ustaz... "apa-apa yang terjadi selepas istikharah, itulah yang terbaik"

sungguh, aku meletakkan pengharapan ku hanya pada Dia yang Maha Satu walau hati ini juga merasakan hangatnya perasaan yang terkadang hadir terkadang pergi jua.. 

sungguh, aku keliru... ~

Namun, hanya yang satu aku pasti.. jika memang benarlah dia untukku... inginku mencintai dia kerana Dia. Tiada yang lain. Hanya Dia....~

Mencintai dia kerana Dia [Prolog]

"Abang…”

Terus memandangku

“ya sayang..” sahutnya

“abang, bawa balik apa-2 tak?” soalku teruja.

Aiyeelahh.. sebab mulut nak mengunyah sekarang ni. Kehkehkeh..

“Ada. Apam go back” jawabnya sambil meletakkan bungkusan plastik di atas meja dapur.

Aku yang macam hahh hehh hohh tu terus meluru ka arahnya.

“apa abang cakap?” Soalku hairan.

“apam go back sayang…” Jawabnya lagi sambil tangannya mencuit hidungku.

Aku yang muka penuh hairan membuka bungkusan plastik yang dibawanya. 

“Abang…” Spontan aku menepuk dahi sendiri.

“ini apam balik lahhhh…” selorohku..

“haha ya lah. Abang omputihkan ja.” tawanya sambil mengusap kepalaku dan berlalu pergi.

Aku masih terkebil-2. Jap, apesal loading sangat ni.

#MencintadiakeranaDia
#ZihahPunya
#nailahthowus

nanti kita sambung okehh! zihah ada kerja haha tataaaaa ~

Mencintai dia kerana Dia [Confess]

 Apa yang mampu untukku lakukan hanyalah memendam perasaan yang terkadang timbul dan tenggelam. Masih tidak pasti lagi apakah maksud perasaa...