Menyelami dengan penuh kesabaran ~10 tips~

  orang kata, hidup ni jangan telalu jadi penyabar. nanti orang pijak. Tapi, bagi aku... setinggi-tinggi kesabaran adalah yang terbaik dalam kehidupan ni. Tak kisahlah orang kata kita kena pijak ka lurus bendul ka naif ka apa ka. Tapi, aku yakin, bila kita sabar, kita akan dapat ganjaran di sana nanti. InsyaAllah. Kalau nak kenal orang yang sabar ni, sifatnya lemah lembut. Bicaranya terkadang menyentak hati.

  orang yang sabar ni juga, adalah anugerah dari-Nya. Beruntungnya orang yang masih bersabar walaupun ujian melanda. Beruntungnya orang yang sabar, walaupun dicaci maki. Beruntungnya orang yang sabar dalam mempertahankan sebuah hubungan kerana Ilahi. Allahu... kalau nak cakap tentang sabar ni, aku rasa... hmm memang sangat menakjubkan.

  aku respect dekat orang yang sabar dalam menjalani kehidupan seharian. Susah nak jumpa sekarang dengan orang yang sabar ni. Korang, kalau dapat pasangan yang sabar, bersyukurlah. Masih mampu tersenyum walaupun selalu dimarahi. Masih mampu tersenyum walaupun hati terluka. Selalu menangis dalam diam, sendu sedan.. huhuuuu~~ Aitt! macam ada pengalaman ja. Ngehhh~~

   orang yang sabar ni selalu suka menangis sorang, cakap sirang-2. tapi, cakap sorang-sorang tu sebab nak redakan hati sendiri. contohnya,

"Takpa, kau kuat Zie. kau kuat. kau mampu buat. ni baru sikit zie. takkan kau dah mengalah!"

 haaaa gituuu. ngehh... aku nak bagi tips supaya selalu bersabar. Tapi, ni tips yang aku buatlah. lain orang, lain tips kan??

1. selalu istighfar
2. sentiasa berdzikir
3. selalu berdoa supaya dipenuhi dengan sifat kesabaran
4. elakkan buat keputusan waktu tengah marah
5. selalu ingat, ganjaran bagi orang yang sabar
6. selami perjuangan Rasulullah S.A.W
7. ingat, syaitan akan psiko kau. nak kalah ka??
8. kalau kau tak sabar, kau akan menyakiti hati orang lain (jangan pentingkan diri)
9. kalau orang lain boleh, kenapa kau tak boleh?
10. percaya dengan qada' dan qadar Allah

so, itu ja lah yang mampu aku share. say Alhamdulillah........

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Mencintai dia kerana Dia [Confess]

 Apa yang mampu untukku lakukan hanyalah memendam perasaan yang terkadang timbul dan tenggelam. Masih tidak pasti lagi apakah maksud perasaa...