FLASH BACK WAKTU SEKOLAH

Assalamualaikum....
Setelah sekian lamaku tidak melawati blog ini... rindu pula rasa. Dalam beberapa bulan ini, banyak perkara yang berlaku beb! Hahh! Aku nak share satu cerita ni. Cerita ni berlaku kat sekolah lah kan

Ceritanya..... ~~

Aku kena gantikan ustazah untuk bagi tazkirah. Kalau bulan puasa, sekolah akan bagi tazkirah setiap waktu rehat. So, aku kena ganti ustazah. Aku memang gelabah gila lah masa tu. Mana tak nya? Kena bercakap depan budak-2 sekolah and guru-guru aku. Aku minta tolong dua sahabat aku ni, nak bagi tajuk apa untuk tazkirah ni.. semua yang diorang cakap, semua aku rasa macam susah.. Last-2 ambil tajuk, "Hubungan dengan Allah" then, budak duaorang tu pun tolong aku buat isi-2 yang berkaitan dengan "Hubungan Dengan Allah"

Ni, yang aku nak ceritakan ni.. masa first-2 aku bagi tazkirah tu, memang tak boleh blah! Dahlah tengah nervous, aku pakai hentam aje! selamba badak cap adabi aku..

"Woi!! aku tension lah macam ni! Stress lah hidup macam ni!" budak-2 semua dah terkejut. Termasuklah cikgu-2. Sebabnya, aku tetiba menjerit sambil hentak meja.

"Nak tahu kenapa kita tension?" spontan aku menyoal.. budak-2 kat depan aku semua dah tergelak-2. Gempak punya mukaddimah. Kahkahkah!!

Aku pun mulakan sesi soal-menyoal...
"Korang semua solat tak??"
"Solat......" semua jawab
"Okee, Alhamdulillah. Tapi, khusyuk tak?"
"Khusyuk... aaaaaaa yekot..."
"Oke, korang lancar tak maksud surah al-fatihah tu? kalau korang tak hafal, malulah beb! Budak kecil pun hafal tau."
"Woooo... hafal kott" semua dah duk menjerit-2

"Kita yang remaja-2 ni, yang ada partner-2 semua ni, kalau korang berjanji sehidup semati pun. Kalau setia gila-gila punya setia pun... tapi korang tetap curang. Nak tahu curang dengan siapa?"
"Allah....." ada budak menjawab. Baguslah...

aku menyambung...

"Entah-2 partner korang yang korang duk setia-2 tu, jodoh aku." spontan aku bercakap
"Woooo.. ha ha ha!" semua dah tergelak.

"So, saya tahu, cinta itu fitrah.. saya pun pernah mengalaminya. Cuma, kita kena pandai kawal. Even saya dulu pun macam korang.. ye.. saya mengaku tu. Tapi, tak salah kalau kita cuba untuk berubah. Sebab, mujahadah itu pahit kerana syurga itu manis." time ni, semua duk khusyuk dengar.

Tapi, aku sedikit tak puas hati. First, sebab aku menggigil masa tu. Then, isi aku tak banyak. Ada lagi, tapi penatlah nak taip kat sini. Muehehe...aku cerita separuh jaa sampai sini. Jangan masa aku tazkirah tu, masuk telinga kanan, keluar telinga kiri sudah...

Illal liqa' ^_^

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Mencintai dia kerana Dia [Confess]

 Apa yang mampu untukku lakukan hanyalah memendam perasaan yang terkadang timbul dan tenggelam. Masih tidak pasti lagi apakah maksud perasaa...