PENEMAN HATI

Assalamualaikum......ni antara cerpen yang aku save lah kan.. em em.. aku buat time aku form 3. AKu taktahu ah ni cerpen kaaa ni epilog sesuatu cerita. Sebab pendek bebenor aihhh ~ but one day aku akan sambung.. insyaAllah.. ~


PENEMAN HATI
“bateriiiiiii!!!!!!! Weh, Isya!” Jerit seorang lelaki. Siapa pula yang seru nama aku ni? memang cari gaduh betul!
“Woi! Kau pahal? Amendalah kau ni. Memekak betul. Nama aku Batrisya lah.” kataku bengang.
Lelaki itu tersengih.
“Jom teman aku makan. Lapar lerr.” Seraya itu membuat gaya budak kecil yang kelaparan. Alahaii... comel k comel.
“Dahlah, kau ni kan Arsyad. Aku rasa nak ketuk-ketuk je kau ni guna penyodok kat makcik cleaner. Terkejut lerrr...” kataku bengang. Tak puas hati betul. Nasib baik aku takda heart attack. Kalau tak, dah lama ‘jalan’
“he he he... sorry sayang. Kau tahu kan aku ni macam mana? Lapar, cari kau. Sedih, cari kau. Tidur, cari kau. Keh keh keh.” Arsyad tersengih serupa nangka busuk. Tahulah, muka comel. Aku langgar guna kereta kebal kang.
Erk! Apesal dia pandang aku macam tu? Seram pula. Tajam gila pandangan dia. Huish! Bahaya! Bahaya! Omel Arsyad dalam hati.
“ehem! Bateri, jomlah makan.” Ajak Arsyad lagi. Aduish! Aku dah lah lapar. Boleh pula pandang aku macam nak makan aku.
“hah? Apa?” soalku terpinga-pinga.
Arsyad tersenyum. “Hah! Ni mesti awak hayati muka saya lepastu, puji-puji kan? Lepastu, kutuk-kutuk saya dalam hati. Elehh! Ingat kita tak tahu ke?” usik Arsyad
“Hoi! Mana ada. Perasan gila. Aku tarik juga rambut mamat ni kang.”
“Hei hei.. kau tak sedar lagi ke? Kau tu pendek. Ada hati nak tarik rambut aku. Ha ha ha.” Kata Arsyad.
Ya Allah! Geramnya! “Arsyad, aku tendang kau kang.” Kataku seakan mengugut
“hah? Tendang? Cubalah. Nanti awak juga yang kena jaga saya. Sebab apa? Sebab awak kena bertanggungjawab atas tendangan yang awak beri. Ha ha ha!” jawab Arsyad lantas tertawa.
Ishh! Dia ni.
“dah lah! menyampah! Dia je nak menang.” Kataku sambil menyilang kedua tangan ke dada.
Arsyad tersenyum. “Huish! Merajuk ke? Dah sah anak manja. Ha ha!” usik Arsyad lagi.
Aku hanya menjeling.
Arsyad terdiam.
Suasana bertukar sepi.
“Isya...” panggil Arsyad
“Ermm?”
“maaf.” Ucap Arsyad sambil menundukkan kepalanya.
Aku tersenyum. “Okee.. aku okee je lah. Jom makan.” Ajakku pula
“hah? Thanks okee... jom jom.” Lantas Arsyad menarik beg sekolahku.
“Wey, Arsyad bab makan laju je kau kan.” Arsyad hanya tersengih.

Dalam beriringan kami menuju ke kantin sekolah, Arsyad tiba-tiba berhenti. Aku memandangnya sepi.
“Apa?” soalku
“Isya, kau sayang aku tak?” soal Arsyad
“Sayanglah...” jawabku.
“sayang macam mana tu?” soal Arsyad lagi. Aiseyh! Mamat ni.
“Someone special in my heart.” Jawabku tersipu-sipu malu. Adoiyy! Rasa nak masukkan aje kepala aku dalam beg.
“Ha ha! Ye? Tu, kenapa ada blusher kat pipi awak? Malu eh?” usik Arsyad
Arsyad tersenyum. Aku pun sayang kau. Sayang sangat-sangat. Luah Arsyad dalam hati.
“Mana ada! Jomlah.” Seraya itu aku menarik beg Arsyad dan berjalan meninggalkannya.
Bagaikan baru tersedar, Isya sudah jauh meninggalkannya.
“Eh! Sayang, tunggulah Arsyad. Alahai dia ni. Kalau dah malu, Arsyad yang kat sini pun tak pandang.” Jerit Arsyad separuh berkecil hati.
Isya hanya tersenyum. Arsyad.. Arsyad, awak peneman hati saya sejak kita kenal lagi. I love you....
“Hah! Senyum sorang-sorang kenapa?” sergah Arsyad yang sudah berjalan seiring denganku.
“Mana ada. Eh! Jom, jom. Dari tadi kata nak makan, tapi cot cet cot cet je.” Kalutku menjawabnya. Arsyad hanya tersenyum.
“Okee sayang. Jom.”


TAMAT

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Mencintai dia kerana Dia [Confess]

 Apa yang mampu untukku lakukan hanyalah memendam perasaan yang terkadang timbul dan tenggelam. Masih tidak pasti lagi apakah maksud perasaa...